Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SAH! Nissan Kicks Bakal Dilancar Disember Ini, Imej Teaser Mula Tersebar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, desas-desus mengenai pelancaran Nissan e-Power sudah terjawab apabila Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memuat naik satu poster yang mengatakan bahawa model itu akan dilancarkan pada Disember ini.

Sebelum ini, ETCM sudah pun memberi bayangan bahawa jentera itu akan dilancarkan tidak lama lagi apabila syarikat terbabit mendedahkan Nissan e-Power pada pameran  Malaysia Auto Show 2024 (MAS 2024).

Ketika ditayangkan, badan model itu ditutupi dengan pelekat penyamaran. 

image.png

Tidak lama kemudian, ETCM mengadakan pandu uji ringkas Nissan e-Power namun tidak mendedahkan banyak maklumat, cuma hanya memaklumkan mengenai teknologi e-Power mereka.

Kicks e-Power menggunakan enjin 1.2-liter 3-silinder (82 PS/103 Nm) sebagai penjana untuk mengecas bateri berkuasa tinggi 1.57-kWh. Motor elektrik depan (FWD) menghasilkan 136 PS dan 280 Nm manakala Nissan mendakwa jarak pemanduan sekitar 900 km dan penggunaan bahan api 2.2 L/100 km.

Sebaliknya, pada hari ini, semua desas-desus terjawab apabila ia akan dilancarkan pada Disember ini.

Difahamkan, Nissan Kick akan menjadi model pertama Nissan e-Power yang akan menembusi pasaran kita .

image.pngimage.png

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Nissan e-Power, BACA RINGKASAN INI!

Jentera ini mampu menghasilkan kuasa setakat 129 PS dan tork 280Nm selain memberikan pecutan yang cukup padu.

Ia yang seberat 1,350 kilogram didakwa mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 9.5 saat

Buat masa ini, tiada sebarang anggaran harga namun harga jangkaan Kicks dijangka  serupa dengan Honda HR-V.

image.png

Apapun, teruskan bersama Carz.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nissan e-Power yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Gallery

Tag:

Nissan Kicks
ETCM Nissan
Nissan e-Power
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Berita Auto

MAS 2025: Nissan Kicks e-Power Impul Edition Didedahkan – Lebih Sporty

ETCM memperkenalkan Nissan Kicks e-Power dalam versi istimewa yang lebih sporty, Impul Edition.

12-05-2025
Pandu Uji

Nissan e-Power: Ini 6 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Trenkuasa Elektrik Yang UNIK

Nissan Kicks e-Power akan hadir di rangkaian pengedaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

31-10-2024
Global

Nissan Serena Baharu Dah Masuk Singapura

Nissan Serena C28 serba baharu turut membuat penampilannya di pameran Singapore Motor Show 2024.

17-01-2024
EV

Lebih 1.2 Juta Kereta e-Power Terjual, Patutlah Model Kicks Juga Hadir dengan Sistem e-Power

Sistem e-POWER sudah memenangi beberapa anugerah berprestij sejak ia dilancarkan di Jepun pada tahun 2016.

09-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026