- Berita
- Pandu Uji
- Nissan e-Power: Ini 6 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Trenkuasa Elektrik Yang UNIK
Nissan e-Power: Ini 6 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Trenkuasa Elektrik Yang UNIK
Nampaknya Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya tidak lama lagi.
Pendek kata, Nissan Kicks e-Power akan hadir di rangkaian pengedaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
Nissan menyifatkan teknologi trenkuasa elektrik itu dikatakan membawa banyak kelebihan dan tidak mendatangkan sebarang kerumitan biasa yang melibatkan jenis trenkuasa terbabit.
Untuk itu, ETCM memberi peluang kepada media untuk mengikuti sesi ujian ringkas untuk menikmati pemanduan yang menggunakan teknologi e-Power tersebut.
Jadi, ini 6 perkara yang kami temui:
1. TEKNOLOGI NISSAN e-POWER GABUNG ENJIN PETROL, BATERI
Unit demonstrasi yang kami uji adalah crossover sub kompak (segmen B) Nissan Kicks gen pertama.
Jadi, unit ini sebenarnya terdiri daripada enjin pembakaran dalaman petrol tiga silinder 1.2 liter HR12DE yang sebenarnya akar umbi kepada trenkuasa e-Power.
Enjinnya sebenarnya disesuaikan untuk kecekapan haba dimana enjin tiga silinder itu berfungsi sebagai penjana generator.
Enjin petrol itu sebenarnya hanya berfungsi untuk mengecas bateri jenis li-ion kompak berkapasiti 2.06 kWh yang dipasang di bawah tempat duduk barisan kedua untuk memacu roda hadapan.
Bateri yang disumbat pada jentera ini juga dikatakan berupaya menjana semula tenaga brek. Ini bermakna model yang dilengkapi dengan e-Power daripada Nissan, menawarkan mod pemanduan satu pedal seperti EV – atau ‘e-Pedal Step’.
2. TIDAK GUNA ENJIN PEMBAKARAN DALAMAN SEPENUHNYA!
Enjin petrol sebenarnya tidak disambungkan kepada transmisi atau mana-mana roda sebaliknya seperti mana yang disebutkan di atas, ia cuma mengecas bateri bagi membekalkan tenaga kepada e-motor.
Jadi secara jelasnya, operasi tetapan e-Power sebenarnya berbeza berbanding kereta hibrid atau hibrid plug-in di mana kedua-duanya menggunakan kuasa elektrik dan juga enjin pembakaran dalaman untuk menggerakkan roda.
3. PENGENDALIAN LANCAR
Hamburan kuasa daripada e-Power sebenarnya mengurangkan getaran dan bunyi bising di dalam kabin.
Dengan e-Pedal, kawalan kenderaan dipermudahkan kerana apabila mod e-Pedal diaktifkan, pemandu boleh memecut, memperlahankan dan brek dengan masing-masing menekan, melepaskan dan melepaskan sepenuhnya pedal pemecut.
Malah, dengan satu pedal, ia menggunakan sistem brek penjanaan semula dimana ia memberikan daya nyahpecutan yang baik apabila pemandu mengangkat pedal.
Jentera ini mampu menghasilkan kuasa setakat 129 PS dan tork 280Nm selain memberikan pecutan yang cukup padu.
Ia yang seberat 1,350 kilogram didakwa mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 9.5 saat
Setelah mencubanya persediaan hibridnya, apa yang pasti teknologi e-Power Nissan ini mempunyai kelebihan dengan memberikan prestasi tork seperti EV.
. Ringkasnya, anda beroleh pengalaman memandu EV pada sebuah kereta bukan EV.
4. TIADA SOKET PLUG-IN
Apa yang wajar dipuji mengenai teknologi canggih Nissan ini ialah ia tidak memerlukan soket plug-in. Jadi, si pemilik kereta ini tidak perlu bimbang sepanjang masa untuk mencari stesen pengecas EV memandangkan enjinnya yang menjana elektrik untuk mengisi bateri.
5. MASIH PERLU ISI MINYAK, WALAUPUN TAK SEKERAP
Dengan adanya enjin pembakaran dalaman (ICE), ini bermakna si pemiliknya masih perlu mengisi minyak petrol memandangkan enjinnya hanya digunakan untuk mengecas bateri.
Malah, Nissan mendakwa bahawa setiap pengisian penuh tangki bahan api e-Power mampu melakukan perjalanan sejauh 900 kilometer manakala penggunaan bahan apinya pula adalah sekitar 4.6 liter untuk setiap100 KM (21.7 KM/Liter).
Untuk makluman, jika anda menggunakan jentera ini di kawasan bandar, anda hanya hanya perlu mengisi sekali seminggu atau dua kali seminggu minyak
6. BAKAL MENYUSUL TIDAK LAMA LAGI
Kami pasti teknologi Nissan e-Power akan menjadi satu tarikan terutama bagi mereka yang mahu EV sepenuhnya tetapi tidak mahu terjebak dengan kebimbangan jarak atau hal-hal berkaitan pengecasan.
Jadi, berita baiknya adalah ETCM akan menawarkan Nissan e-Kick tidak lama lagi. Bagaimanapun, ETCM masih terus mengunci mulut mengenai tarikh pelancaran dan model mana yang akan dilancarkan untuk pasaran kita.
Apa pula pandangan anda mengenai teknologi e-Power Nissan yang mungkin satu pilihan terbaik pada zaman mobiliti elektrik ketika ini.
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery










Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari