Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Acara Sandakan Drag Battle R3 2024 Tiada Kelulusan," MAM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) mengesahkan bahawa acara 'Sandakan Drag Battle R3 2024 sehingga meragut nyawa seorang pelumba sebenarnya tidak diluluskan mahupun dikawal selia oleh persatuan itu.

MAM dalam satu kenyataan memaklumkan penganjur perlumbaan tersebut juga bukan ahli kelab badan permotoran sukan negara itu.

“Acara yang dikawal-selia oleh pihak MAM dijalankan dengan mematuhi garis panduan am dan teknikal yang telah ditetapkan oleh pihak FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa) dan FIM (Persekutuan Motosikal Antarabangsa) berkaitan dengan penganjur, kemudahan, peserta dan kenderaan.

“Penganjur dan peserta yang ingin terlibat dalam acara permotoran harus pastikan bahawa acara tersebut telah diluluskan dan dikawal selia dengan menghubungi dan bekerjasama dengan pihak MAM iaitu badan induk, secara terus,” katanya.

Tambah kenyataan itu, bagi meningkatkan keselamatan dan profesionalisme sukan permotoran tempatan, pihak MAM juga telah memperkenalkan garis panduan komprehensif untuk kategori perlumbaan drag pada bulan Ogos 2024.

“Garis panduan yang diluluskan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), meliputi aspek pengenalan, keselamatan dan pengendalian penganjuran bagi sukan permotoran drag,” jelasnya.

image.png

Terdahulu, media tempatan melaporkan kenderaan jenis Honda dipandu anggota Team Prostreet KB Abang Adib Abang Ali, 36, hilang kawalan lalu terbabas ke kiri litar perlumbaan ketika melepasi garisan penamat.

Mangsa kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.


Gallery

Tag:

Motorsports Association of Malaysian (MAM
Sandakan Battle Drag
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rupa-Rupanya Perlumbaan Drag Diadakan Secara Haram

Perlumbaan Drag Bike National ET Record Championship 2023 yang diadakan di Pekan, Pahang, rupa-rupanya diadakan tanpa sebarang kelulusan MAM.

06-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026