Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gabungan Honda & Nissan Bakal Jadi Kumpulan Automotif Ketiga Terbesar Dunia – Fokus Hasil EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Nissan-Honda-JV.jpg


Syarikat automotif Jepun, Nissan dan Honda, telah mengesahkan awal minggu ini bahawa kedua-dua syarikat sedang menjalankan perbincangan yang berpotensi membawa kepada penggabungan. Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk memperluaskan kerjasama sedia ada dan berkongsi sumber dalam berhadapan dengan persaingan global yang semakin sengit.


Kemungkinan Penubuhan Syarikat Induk


c240801a_001H.jpg


(Dari kiri ke kanan) Presiden dan CEO Nissan Motor, Makoto Uchida, bersama Presiden dan CEO Honda Motor, Toshihiro Mibe,  mengumumkan kerjasama awal antara kedua-dua syarikat itu pada awal tahun ini.


Laporan awal menunjukkan bahawa perbincangan tersebut bertujuan untuk menubuhkan sebuah syarikat induk yang akan menaungi Nissan dan Honda. Walaupun belum ada pengumuman rasmi, langkah ini dilihat sebagai permulaan kepada penyatuan kedua-dua jenama.

Namun begitu, kedua-dua syarikat mengeluarkan kenyataan serupa pada Selasa lepas, menegaskan bahawa tiada penggabungan diumumkan setakat ini. 


“Seperti yang diumumkan pada Mac tahun ini, Honda dan Nissan sedang meneroka pelbagai kemungkinan untuk kerjasama masa depan, memanfaatkan kekuatan masing-masing," katanya dalam kenyataan tersebut.


Potensi Menjadi Kumpulan Automotif Ketiga Terbesar Dunia


Sekiranya gabungan ini menjadi kenyataan, ini bakal menjadikanya kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia, selepas Toyota dan Volkswagen.

Pada tahun lepas, Honda menjual sejumlah 3.98 juta kenderaan, manakala Nissan mencatatkan jualan sebanyak 3.37 juta unit kenderaan. Gabungan jualan global kedua-dua syarikat pada tahun 2023 adalah lebih 7.35 juta kenderaan, mengatasi Hyundai dan Kia, yang mencatatkan jualan gabungan 7.31 juta.


Honda kini mempunyai sejumlah 194,993 kakitangan sebagai kumpulan konsolidasi, sementara Nissan menggaji 133,580 kakitangan setakat Mac 2024.


Elektrifikasi Jadi Fokus Utama


Honda-eNy1-EV-18-full.jpgNew-Nissan-LEAF_Sleek-&-Aero-Exterior-full.jpg


Ketika ini, Nissan dan Honda sudah bekerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik (EV), bersama Mitsubishi, syarikat dengan saham yang dipegang Nissan sebanyak 24.05%.

Dalam penggabungan ini, usaha ke arah elektrifikasi dijadikan keutamaan. Honda menyasarkan untuk meningkatkan jualan kenderaan hibrid kepada 1.3 juta unit menjelang 2030, dan pengeluaran EV lebih 2 juta unit setahun dalam tempoh yang sama. Selain itu, Honda merancang untuk menjadi jenama EV dan kenderaan sel bahan api (FCEV) sepenuhnya menjelang tahun 2040.


Sementara itu, Nissan menyasarkan sekurang-kurangnya 60% daripada jualan globalnya pada 2030 terdiri daripada EV dan hibrid.


Baca: Nissan Dedah EV Konsep, Hyper Force, Khas Untuk Peminat Game


Gabungan Nissan dan Honda berpotensi membawa perubahan besar dalam landskap industri automotif global, selain memperkukuhkan daya saing mereka dalam era elektrifikasi yang kini didominasi oleh jenama China. 

Baca: Honda Prelude Guna Trenkuasa e:HEV Generasi Terbaru – Ada Gear Maya S+ Shift

Baca: [FOTO] Nissan Pernah Hasilkan EV Pada Tahun 1940-an, Bergerak Sejauh 100KM!

Tag:

Honda
Nissan
Honda x Nissan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025
Berita Auto
Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
EV
Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
Kereta Baru
Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
EV
Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV
Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.

21-05-2025
Berita Auto
Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion

19-05-2025
Global
GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K

GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K

Syarikat usaha sama automotif China, GAC Honda secara rasmi telah melancarkan SUV elektrik terbarunya, P7, untuk pasaran China dengan harga bermula dari RM130,400.

17-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026