- Berita
- Berita Auto
- smart Malaysia Perkenal Program Kesetiaan Pelanggan, Dikuasa Sistem Blockchain
smart Malaysia Perkenal Program Kesetiaan Pelanggan, Dikuasa Sistem Blockchain

smart Malaysia memperkenalkan program kesetiaan pelanggan yang inovatif sekali gus mengubah cara pelanggan berinteraksi dengan jenama smart.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya yakin bahawa kesetiaan pelanggan lebih daripada sekadar program ganjaran yang ditawarkan.
“ Inisiatif program kesetiaan pelanggan ini direka untuk mewujudkan hubungan yang erat bersama pelanggan kami dan mengiktiraf penglibatan mereka dengan jenama smart,
“Kami teruja untuk menetapkan piawaian baharu dalam program ini, di mana setiap interaksi dihargai dan akan diberi ganjaran,” katanya.

Program yang dikuasakan oleh sistem blockchain Geno W3-D2C (Web3 Direct-to-Customer), menyediakan ekosistem yang telus serta memfokuskan kepada pelanggan dalam memberikan ganjaran yang menarik.
Pelanggan boleh memperoleh mata ganjaran melalui aktiviti harian seperti berinteraksi di media sosial, membuat rujukan, dan pemanduan—menjadikan setiap interaksi pengguna dengan smart akan lebih bermakna.
Program ini berasaskan smart Points dimana mata ganjaran yang tidak pernah luput dan disimpan menggunakan kontraksmart berasaskan blockchain.
Buat pertama kalinya, semua aktiviti disatukan dalam satu platform digital yang diintegrasikan dengan sempurna dalam Aplikasi Hello smart.

Hanya dengan satu ketikan, pelanggan boleh mengumpul mata dan menukarkannya dengan ganjaran yang eksklusif, termasuk kredit pengecasan EV dan barangan rasmi smart.
smart Points menawarkan tiga jenis cara untuk mendapatkan mata: Tugas Social-to-Earn, Tugas Referral-to-Earn, dan Tugas Purchase-to-Earn.
Untuk peraturan khusus, sila rujuk jadual di bawah:

Untuk maklumat lanjut, layari https://my.smart.com/#.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
