Link Copiedcheck_circle
Global

Tesla Buat Panggilan Semula Kali Ke-15 Tahun Ini, Babit 700K Kenderaan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tesla-Cyberjaya-ServiceCentre-(2).jpg


Tesla mengeluarkan notis panggilan semula buat kali ke-15 tahun ini, kali ini melibatkan hampir 700,000 kenderaan. Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional (NHTSA) Amerika Syarikat memaklumkan pemilik kenderaan mengenai masalah pada lampu amaran sistem pemantauan tekanan tayar, lapor Forbes.


CariCarz_Tesla-Cybertruck-Malaysia-29-full-(3).jpgCariCarz_Tesla-Cybertruck-Malaysia-32.jpg


Model yang terjejas termasuk Cybertruck 2024, Model 3 keluaran tahun 2017 hingga 2025 dan Model Y keluaran 2020 hingga 2025. NHTSA menyatakan bahawa lampu amaran untuk sistem pemantauan tekanan tayar mungkin tidak berfungsi dengan baik. Sistem ini dikatakan tidak memberi maklumat yang tepat kepada pemandu sekiranya tayar kekurangan angin, sekaligus meningkatkan risiko kemalangan.  


Penyelesaian Melalui Kemaskini Jarak Jauh


tesla-model-y-2024-001.jpgweb_CariCarz_MA_Tesla-Malaysia-Gamuda-Cove-Supercharger_-16.jpg


Tesla memaklumkan bahawa kenderaan yang terjejas akan menerima kemaskini perisian secara over-the-air (OTA) untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pemilik kenderaan yang terlibat dijangka akan mula menerima notifikasi pada 15 Februari 2025 berkenaan langkah yang perlu dilakukan untuk kemaskini itu nanti. 


Tahun Yang ‘Sarat’ Dengan Panggilan Semula


Tahun ini menyaksikan Tesla menghadapi pelbagai isu panggilan semula. Antara panggilan semula dengan jumlah kenderaan tertinggi adalah pada Februari lalu yang membabitkan 2.2 juta kenderaan kerana masalah saiz tulisan pada panel instrumen yang terlalu kecil, menyukarkan pemandu melihat masalah pada kenderaan dengan jelas. 


Panggilan semula dengan jumlah tertinggi yang seterusnya adalah pada bulan Julai yang membabitkan 1.8 juta kenderaan kerana masalah pada hud.


Isu lain yang memerlukan pemanggilan semula kenderaan Tesla sepanjang tahun 2024 adalah kerosakan amaran tali pinggang keledar, kegagalan kamera pandangan belakang, masalah pengelap cermin depan, serta isu pedal minyak tersangkut.

Tag:

Tesla USA
Tesla Cybertruck
tesla model 3
Tesla Model Y
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Cybertruck RHD Akan Jadi Kenyataan – Bakal Tiba di Australia

Tesla dilaporkan telah mengesahkan rancangan untuk menghasilkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) bagi trak elektrik, Tesla Cybertruck.

13-03-2025
EV

Jom Orang Penang Serbu Gurney Plaza

Tesla baharu sahaja dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang.

24-06-2024
EV

Peluang Akhir Saksikan Tesla Cybertruck Di Malaysia, Kini Di One Utama

Tesla Cybertruck membuat kemunculan terakhirnya di negara kita di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

10-06-2024
EV

Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...

Tesla Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan trak Tesla Cybertruck. Ini yang menarik...

08-04-2024
EV

Tesla Cybertruck Akan Didedah 6 April Ini? Malaysia Pula Bila?

Tesla Thailand bakal menayangkan Cybertruck tidak lama lagi.

02-04-2024
Global

"Langsung Tak Sama!" – Khemah Tesla Cybertruck Lebih RM14K Ini Buat Pembeli Bengang

Sebaik menerima khemah yang ditempah, pembeli terkejut.

11-03-2024
EV

Radar RD6 Boleh Pecut Macam Tesla Cybertruck?

Geely bakal melancarkan trak pikap elektrik Radar RD6 tidak lama lagi.

19-02-2024
EV

Tesla Cybertruck Mula Dihantar 30 Nov Ini, Walaupun Banyak Isu?

Tesla akan memulakan penghantara Cybertruck, namun benarkah model ini ada banyak isu?

08-11-2023

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026