Link Copiedcheck_circle
EV

Toyota Urban Cruiser Dihidupkan Semula?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota kini mengembangkan lagi barisan SUV di pasaran Eropah apabila ia kini menghidupkan semulaToyota Urban Cruiser.

Bagi yang tidak tahu, Urban Cruiser sebenarnya dijenamakan daripada Suzuki Vitara Brezza tetapi mengekalkan reka bentuk yang biasa digunakan oleh model Toyota yang lain.

image.png

Urban Cruiser dilihat membawakan rekaan muka signatur jerung hammerhead terbaharu Toyota selain menampilkan lampu  LED bentuk C serta dilengkapi dengan lapisan bawah badan berwarna hitam dengan bumbung gelap.

Dari segi dimensi, Urba Cruiser berukuran 4,285 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,640 mm tinggi, manakala  jarak roda pula  2,700 mm.

image.png

Walaupun saiznya kelihat kecil namun Toyota mendakwa Urban Cruiser EV mempunyai kabin yang paling luas berbanding pesaing yang berada di bawah segmennya.

image.pngimage.png

.Dengan jarak roda yang panjang, tempat duduk belakang Urban Cruiser EV sebenarnya boleh direbahkan dan ruang butnya boleh bertambah luas.

Menyentuh mengenai ciri-ciri teknologinya, SUV elektrik ini hadir dengan skrin infotainmen bersaiz 10.1 inci yang disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ada juga instrumen digital dengan skrin 10.25-inci, bantuan ADA, termasuk sistem audio premium JBL dan bumbung panaromik.

image.png

Seperti mana disebutkan tadi, EV Urban Cruiser baharu adalah berasaskan Suzuki e-Vitara, jadi ia dibangunkan berdasarkan platform EV khusus yang sama dan boleh didapati dalam tiga varian. 

Varian FWD menggunakan motor tunggal dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 124 hp (106 kW dan menggunakan pek bateri 49-kWj, manakala model FWD spesifikasi pertengahan pula  mendapat bateri berkapasiti 61 kWj yang mana varian ini boleh menghasilkan kuasa setakat  172 HP (128 kW).

image.png

Sementara itu, varian paling tinggi, AWD (motor berkembar) pula disumbat dengan bateri berkapasiti 61-kWj. Varian ini boleh menghasilkan kuasa setakat 182 hp  (135 kW).

Buat masa ini, harganya masih belum didedahkan tetapi Toyota Eropah mengesahkan bahawa SUV EV baharu ini akan membuat penampilan pertamanya pada Pameran Motor Brussels 2025 pada Januari nanti.

Gallery

Tag:

Toyota
Toyota Urban Cruiser EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global
Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan,  Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global
Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global
Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026