- Berita
- Global
- BYD Cipta Rekod Baharu, Berjaya Jual 4.2 Juta Di Seluruh Dunia

BYD telah mencatatkan rekod jualan kenderaan baharu pada tahun lepas apabila berjaya menjual kira-kira 4.2 juta unit kereta BYD di seluruh dunia.
Pencapaian ini turut menandakan BYD buat julung kalinya menjual lebih 4 juta kenderaan secara tahunan.
Daripada jumlah jualan 4.2 juta itu, sebanyak 1.764 juta adalah kenderaan elektrik bateri penumpang (BEV).
Difahamkan, jualan BEV mewakili kira-kira 41.5% daripada jumlah volum jualan BYD pada 2024.
Bagi hibrid plug-in (PHEV), BYD telah berjaya menghantar sejumlah 2.485 juta PHEV ke seluruh dunia pada lepas.


Ia adalah satu peningkatan ketara sebanyak 72.8% daripada angka jualan 1.4 juta pada tahun 2023.
Susulan popularitinya di seluruh dunia berbanding BEV, PHEV mewakili kira-kira 58.5% daripada jumlah volum jualan BYD pada 2024.
Selain itu, pengeluaran kenderaan yang menggunakan enjin petrol telah dihentikan pada April 2022, BYD kini memfokuskan secara eksklusif pada kenderaan tenaga baharu (NEV).
Maka, tidak hairanlah BYD bakal mengekalkan mahkotanya sebagai jenama NEV terlaris di dunia. Gelaran itu sebenarnya pernah dimenangi oleh pembuat kereta itu pada tahun 2023.
Untuk akan datang, BYD dijangka untuk menembusi pasaran luar negara baharu seperti Korea Selatan dan beberapa negara Eropah lain pada 2025.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

