- Berita
- Global
- Toyota Hilux Travo Bakal Dilancar, Toyota Sudah Pun Fail Tanda Dagangan "Hilux Travo"
Toyota Hilux Travo Bakal Dilancar, Toyota Sudah Pun Fail Tanda Dagangan "Hilux Travo"
Nampaknya, Toyota bakal memperkenalkan generasi baharu model Hilux pada tahun ini dengan menggunakan nama baharu “Hilux Travo”.
Desas-desus ini agak berasa memandangkan Toyota sudah pun memfailkan permohonan tanda dagangan untuk nama “HILUX TRAVO” di Department of Intellectual Property (DIP), baru-baru ini.
Berdasarkan laporan HEADLIGHTMAG, nama itu akan digunakan untuk pasaran tertentu, termasuk Thailand.
Generasi baharu Hilux ini dikatakan akan hadir dengan reka bentuk baharu sepenuhnya di bahagian depan dan belakang, sementara struktur kabin dan sisi badan mengekalkan elemen daripada model sebelumnya.
Malah, pendekatan ini turut digunakan pada model Toyota Camry dan Hilux baharu ini dijangka mengekalkan enjin diesel GD bagi mematuhi pelepasan EURO5 dan EURO6.
Apapun, Travo akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.
Gallery




Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari