Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Capai 1,427 KM Sekali Cas & Satu Tangki

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Jaecoo-J7-PHEV-Drive-SGMYThai-2.jpg

Menjelang kemunculan sulungnya di Malaysia bulan depan, Jaecoo J7 PHEV telah membuktikan kemampuannya untuk menempuhi jarak perjalanan yang jauh dari Singapura ke Hatyai, Thailand, melalui Malaysia dengan hanya satu tangki dan cas

Dalam perjalanan yang memakan masa selama tiga hari itu, kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) ini berjaya mencatatkan jarak keseluruhan 1,427.5 km. Yang menariknya, angka ini melebihi jarak yang diiktiraf oleh WLTP iaitu sebanyak 1,200 km dengan tambahan lebih 200 km!

Prestasi Enjin Petrol & Elektrik Yang Luar Biasa

Jaecoo-J7-PHEV-Drive-SGMYThai-6.jpgJaecoo-J7-PHEV-Drive-SGMYThai-4.jpg

Daripada jumlah keseluruhan jarak tersebut, 947 km disumbangkan oleh petrol semata-mata dengan kadar ekonomi bahan api yang mengagumkan iaitu 3.5 liter/100 km, jauh lebih baik daripada kadar yang dinyatakan di atas kertas, 6.6 liter/100 km. 

Jaecoo-J7-PHEV-Drive-SGMYThai-10.jpgJaecoo-J7-PHEV-Drive-SGMYThai-7.jpg

Prestasi sistem elektriknya juga tidak kurang hebatnya, kerana J7 PHEV mencatatkan jarak pemanduan elektrik sejauh 108 km, lebih 18 km daripada angka yang dijangkakan. 

Teknologi Super Hybrid System (SHS)

Menggabungkan enjin 1.5 liter 4 silinder TGDi, transmisi hibrid khas (DHT) dan bateri 18.3 kWj, teknologi Super Hybrid System (SHS) yang digunakan pada model ini dibangunkan dengan teliti untuk membolehkan kecekapan bahan api dan tenaga yang tinggi dapat dicapai tanpa mengorbankan prestasi. 

Gabungan sistem ini memberikan kuasa keseluruhan yang cukup tinggi, sebanyak 342 hp (255 kW) dan tork 525 Nm. Namun begitu, J7 PHEV tetap mengekalkan penggunaan bahan api yang rendah iaitu 3.3 liter/100 km.

Jaecoo-J7-PHEV-Drive-SGMYThai-1.jpgJaecoo-J7-PHEV-Drive-SGMYThai-9.jpg

Baterinya boleh dicas dengan pengecas AC 6.6 kW dan DC 40 kW. Menggunakan pengecas pantas DC,  kuasa daripada 30% ke 80% boleh dicapai dalam masa hanya 20 minit.

Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek berkata, "Selain menjadi satu-satunya PHEV dengan keupayaan pengecasan DC, teknologi Super Hybrid System kami juga yang pertama dalam kelasnya di Malaysia. Kami teruja untuk membolehkan pelanggan menikmati manfaat Jaecoo J7 PHEV dalam masa terdekat."

Rekod Yang Terbukti Lebih Sekali

Caricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-ChinaDrive-43.jpgJaecoo-J7-PHEV-ChinaDrive-9.jpg

Sebelum cabaran tiga negara ini, Jaecoo J7 PHEV pernah menunjukkan kehebatannya dalam ujian pemanduan jarak jauh di China, menempuhi lebih 1,300 km dari Guangzhou ke Wuhu. Klik untuk baca: [PANDU UJI SULUNG] Jaecoo J7 PHEV: Gabungan EV & ICE Yang Luar Biasa, Boleh Capai 1,300 KM?


Tag:

Jaecoo J7 PHEV
Jaecoo J7 PHEV 1,427 KM
Jaecoo Malaysia
Jaecoo J7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan

Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.

20-06-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula

Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan pertama model Jaecoo J7 PHEV kini telah tiba di pusat jualan dan bilik pameran di seluruh negara,

18-03-2025
Kereta Baru

Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800

Jaecoo Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan Jaecoo J7 PHEV.

28-02-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Dilancarkan Bulan Ini – Pengeluaran Di Kilang CKD Shah Alam Sudah Bermula

Jaecoo J7 PHEV bakal dilancarkan tidak lama lagi, kemungkinan sebelum akhir bulan ini, perkara ini diumumkan oleh Jaecoo Malaysia.

13-02-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Bakal Dilancarkan Bulan Ini – Cecah 1,400 KM, Bawah RM170K?

Jaecoo J7 PHEV akhirnya disahkan akan membuat kemunculan rasmi di Malaysia dalam bulan ini, Februari 2025. Apa yang kita boleh jangkakan?

03-02-2025
Kereta Baru

Kereta Raya Dah Sampai: Jaecoo J7 PHEV Boleh Gerak Sejauh 1,300KM, Harga RM170K

SUV plug-in hybrid (PHEV) ini dijadualkan memasuki pasaran Malaysia selewat-lewatnya pada akhir tahun dengan harga RM170,000.

24-10-2024
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Jaecoo J7 PHEV: Gabungan EV & ICE Yang Luar Biasa, Boleh Capai 1,300 KM?

Dalam konvoi yang disertai tujuh negara (termasuk Malaysia) baru-baru ini, kami diberikan peluang untuk menguji kemampuan Jaecoo J7 PHEV untuk menempuhi perjalanan sejauh 1,300 km.

21-10-2024
EV

Jaecoo J7 PHEV Buktikan Mampu Redah Perjalanan 1,300 KM Dengan 1 Isian Minyak, Cas Penuh!

Jaecoo J7 PHEV berjaya melepasi jangkaan apabila berjaya melakukan perjalanan sejauh 1,300 kilometer dengan satu isian minyak dan hanya sekali cas penuh.

18-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.

20-12-2025
Berita Auto

Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu, berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP.

19-12-2025
Berita Auto
Berita Auto

Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual

Perodua telah menambahkan daripada 9 cawangan kepada 34 cawangan bagi memudahkan proses tempahan QV-E yang kini sudah dibuka secara manual.

19-12-2025
Berita Auto

Kes Curi Kabel Melonjak Hampir 70%, Prasarana Rayu Orang Ramai Turut Bantu

Hanya dalam tempoh tiga tahun, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) perlu menanggung kerugian mencecah RM20.6 juta gara-gara aktiviti curi kabel yang semakin ‘rancak’ sejak kebelakangan ini.

19-12-2025
Berita Auto

Perhatian! JPJ Selangor Sudah Mula Guna Kamera Badan

Pemakaian kamera badan bertujuan untu melindungi anggota penguat kuasa daripada sebarang salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan semasa menjalankan tugas

19-12-2025
Berita Auto

Tiada Cadangan Tukar Subsidi BUDI95 Kepada Rebat Tunai EV, Hibrid

Kerajaan menegaskan bahawa skim bantuan subsidi bahan api, BUDI95, tidak akan ditukar menjadi rebat tunai bagi menggalakkan pembelian kenderaan elektrik (EV) atau hibrid.

19-12-2025
Berita Auto

Krismas: Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Bermula 23, 24 Dis Ini!

Kerajaan memberikan diskaun 50% ke atas bayaran tol bagi kenderaan persendirian bermula dari 23 dan 24 Disember ini.

19-12-2025