Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jetour Mahu Buka 20 Outlet Di M'sia, Jetour Dashing Bakal Dilancar!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jetour Malaysia merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 10 pusat 3S dan 4S di seluruh Malaysia pada suku pertama tahun ini.

Bagaimanapun, Jetour juga  berhasrat untuk membuka 10 outlet lagi menjelang akhir tahun nanti sekali gus menjadikan Jetour akan mempunyai 20 outlet di Malaysia.

Untuk itu, Naib Presiden Jetour International. Kevin Xu mengesahkan pihaknya akan membawa masuk model pertama mereka, Jetour Dashing versi pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Malaysia pada suku pertama tahun ini.

Difahamkan, jentera itu akan dibawa masuk selewat-lewatnya Mac ini.

image.png

"2025 adalah tahun yang penting bagi Jetour Malaysia kerana kami akan memulakan perjalanan yang mengujakan ini di Malaysia,” katanya.

Jetour Dashing akan hadir dalam dua varian: Prime dan Signature.  Dari segi dimensi, SUV segmen-C ini berukuran   4,590 MM panjang, 1,900 mm (lebar), 1,685 mm (tinggi) manakala jarak roda pula, 2,750 mm.

Jetour Dashing disumbat dengan enjin petrol 1,5 liter dan dipadankan dengan kotak automatik DCT 6-kelajuan. 

image.png

Ini membolehkan ia mampu menghamburkan kuasa setakat 156 hp  dan 230 Nm.

Dari penggayaan, ia hadir dengan rim 18-inci (Prime), lampu depan LED, DRL LED, lampu belakang LED, pintu belakang berkuasa, sementara varian Signature diserlahkan melalui rim 19-inci.

Menjengah bahagian kabin, ia hadir dengan upholsteri tempat duduk kulit, tempat duduk pemandu berkuasa enam hala, instrumen digital 10.25-inci, skrin sentuh infotainment 10.25-inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, pad pengecasan wayarles 50W, empat pembesar suara serta penyaman udara automatik.

image.png

Sementara itu, varian Signature didatangkan bumbung panaromik,  tempat duduk penumpang hadapan berkuasa empat hala, pencahayaan ambien, bantuan pertukaran lorong, pemantauan titik buta, amaran pertukaran lorong, amaran lalu lintas lintas belakang dan kamera 360 darjah.

Selain mengenai Dashing, Jetour Malaysia juga akan memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (BEV) pada suku kedua tahun ini, termasuk Jetour T2 hibrid plug-in (PHEV) pula akan tiba pada tahun 2026.

Buat masa ini, Jetour Malaysia tidak mendedahkan butiran selanjutnya mengenai model berkenaan.

Gallery

Tag:

Jetour Malaysia
Jetour Dashing
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Gaya Hidup
Berita Auto

Jetour Nak Bina 'Pusat Content' Di Malaysia? Ini Strategi Agresif Untuk Pasaran Malaysia 2026

Jenama SUV yang semakin meningkat naik, Jetour Malaysia, menutup tirai tahun lalu dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerahkan sebanyak 2,741 kenderaan.

09-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang

Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.

20-07-2026
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026