Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e.MAS 7 Terbukti Efisien, Hanya Guna 30% Bateri Ke Melaka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

eMAS-Media-Drive-2025.png


Anak syarikat Proton, Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (Pro-Net),  telah menganjurkan Weekend SPARK Media Drive untuk memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 kepada media minggu lalu. Mewakili Carz.com.my ialah juruvideo kami yang telah berpeluang merasai sendiri kemampuan dan kecanggihan  model elektrik pertama Proton ini untuk perjalanan jarak jauh. 


Teknologi Canggih Diuji Dalam Pelbagai Keadaan Jalan


20250123_eMAS00503.jpg

20250123_eMAS00796.jpg20250123_eMAS00730.jpg


Dalam perjalanan yang dimulakan dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE) ke Melaka ini, media berpeluang menguji pelbagai teknologi canggih e.MAS 7, termasuk unit pemanduan pintar 12 dalam 1 serta sistem bantuan pemanduan (ADAS) separa autonomi tahap 2. 


20250123_eMAS00173.jpg


Selain itu, cabaran "e.MAS 7 Efficiency Challenge" turut diadakan bagi menguji sejauh mana kecekapan bateri Aegis LFP dan sistem trenkuasa e.MAS 7. 


Kumpulan pemandu yang diketuai Ikhwan Nazri dari Amanz muncul sebagai juara setelah berjaya mencatatkan kadar penggunaan tenaga yang paling rendah dengan hanya menggunakan 30% bateri, mengekalkan baki jarak pemanduan sejauh 300 km. 


20250124_eMAS00666.jpg20250124_eMAS00065.jpg


Ikhwan berkongsi bahawa empat tahap tetapan sistem regeneratif yang ditawarkan e.MAS 7 membantunya mencapai penggunaan tenaga paling efisien. 


“Saya sangat kagum dengan empat tetapan regen yang tersedia dan dengan memilih tetapan paling rendah, ia memberikan e.MAS 7 lebih inersia dalam membantu meluncur dan meredah.


"Ini membolehkan kami mendapatkan angka penggunaan tenaga paling rendah dan menduduki tempat teratas dalam cabaran 'Efficiency Challenge.' Ini merupakan tips penting dalam mendapatkan jarak paling jauh dalam sesebuah EV (dan juga kenderaan ICE)," jelasnya. 


20250124_eMAS00014.jpg


Sementara itu, pasukan Carz.com.my pula berjaya mencatat purata penggunaan tenaga 11.3 kWj setiap 100 km dan hanya menggunakan 32% daripada kapasiti bateri. Bagaimanapun, memandangkan tempoh pemanduan semasa acara ini agak terhad, kami akan menyediakan ulasan lebih terperinci mengenai e.MAS 7 sebaik unit pandu uji tersedia dalam masa terdekat.


Diskaun 30% Caj Pengecasan Sempena Tahun Baharu Cina


CNY-Promo-Pro-Net.png


Sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan penyerahan pertama Proton e.MAS 7 kepada pelanggan, Pro-Net menawarkan diskaun pengecasan EV e.MAS dan smart sebanyak 30% dari 25 Januari hingga 3 Februari 2025. Hanya gunakan aplikasi Proton e.MAS atau Hello smart untuk memulakan sesi pengecasan, dan diskaun akan diberikan secara automatik.


Pengguna EV Pro-Net kini boleh mengakses lebih daripada 80% pengecas EV di seluruh negara hasil kerjasama  dengan pelbagai pengendali stesen pengecasan (CPO) seperti Gentari, JomChargechargEVDC Handal, CarputZap dan ChargeSini


Baca: Ciri Terbaru Aplikasi Gentari Go Hilangkan Keresahan Gerak Jauh Dengan EV


Proton dan PRO-NET kini turut menjalinkan kerjasama dengan Shell Recharge yang menambah lebih banyak stesen pengecas di lebuh raya dan kawasan bandar, termasuk pengecas berkelajuan tinggi.


Selain itu, melalui integrasi rangkaian ChargeSini, yang merupakan rangkaian pengecasan pertama di Malaysia dengan sistem perayauan (roaming), membolehkan pengguna mengakses stesen dengan lebih mudah.


Baca: Cas EV e.MAS 7 & smart Murah 30% Sempena Tahun Baharu Cina

Baca: Proton e.MAS 7 Dijamin Selamat – ASEAN NCAP 5 Bintang

Baca: Data Dedah Semakin Ramai Rakyat Malaysia Pilih EV – Lebih 27,000 EV Didaftarkan Sejak 2021

Tag:

Proton e.MAS
Proton e.MAS 7
Pandu Uji Media
Kembara Proton e.MAS 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.

21-04-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV
Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
Kereta Baru
Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran Proton e.MAS 7 PHEV akhirnya terjawab. Menerusi hantaran terbaru di media sosial rasmi Proton e.MAS baru-baru ini, SUV hibrid plug-in sulung negara ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi dalam masa kurang 10 hari lagi,

27-01-2026
EV
Proton e.MAS Kini Miliki Lebih 50 Cawangan, Antara Pengedar EV Terbesar Di Malaysia

Proton e.MAS Kini Miliki Lebih 50 Cawangan, Antara Pengedar EV Terbesar Di Malaysia

Pengedar rasmi Proton e.MAS, kini merupakan rangkaian pengedar kenderaan elektrik (EV) terbesar di Malaysia memandangkan ia kini mempunyai lebih 50 cawangan di seluruh negara, setakat ini.

27-10-2025
EV
Proton e.MAS 5 Bakal  Tiba Dengan Kabin Hitam?

Proton e.MAS 5 Bakal Tiba Dengan Kabin Hitam?

Nampaknya, Proton e.MAS 5 bakal ditawarkan dalam versi kabin berwarna hitam. Pilihan warna kabin yang gelap ini dipamerkan ‘dalam diam’ oleh Proton di beberapa lokasi roadshow Jelajah MISI 5 yang kini sedang berlangsung.

25-09-2025
EV
Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Dalam tempoh kurang setahun selepas majlis pecah tanah, Proton telah merasmikan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Tanjung Malim, Perak.

05-09-2025
Berita Auto
Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya

Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya

‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.

01-09-2025

Berita Terkini

EV
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026