Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Dummy Belt" Bakal Diharamkan Sebab Aksesori Kereta Itu Boleh Ragut Nyawa!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Penggunaan cangkuk palsu (‘dummy buckle’) pada tali pinggang keledar dilihat semakin meluas di negara ini menyebabkan Kementerian Pengangkutan sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan aksesori itu.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya tiada kuasa merampas atau mengharamkan aksesori itu memandangkan ia bukan bidang kuasa kementeriannya.

“(Kementerian Pengangkutan sedang bincang dengan KPDN bagaimana nak halang ‘dummy buckle’ daripada dijual di pasaran … bukan kuasa kita untuk rampas, (jadi) akan bincang dengan KPDN untuk haramkan,” katanya

image.png

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyatakan kebimbangan tentang peningkatan trend pemilik kenderaan menggunakan ‘dummy buckle’.

Kira-kira 30% daripada 195 pesalah yang ditangkap kerana tidak memakai tali pinggang keledar semasa operasi trafik Tahun Baharu Cina di Negeri Sembilan didapati menggunakan aksesori itu untuk mengelak mencetuskan penggera tali pinggang keledar.

Bagi yang tidak tahu, dummy buckle’ dimasukkan ke pencangkuk tali keledar di tempat duduk bagi mengelak bunyi bising yang menunjukkan pemandu dan penumpang depan tidak memakai tali keledar.

Namun ramai yang tidak sedar bahawa  penggunaan pencangkuk tali pinggang keledar palsu itu sebenarnya boleh mengundang bahaya jika terlibat dalam kemalangan.

Bagi  mereka yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan kompaun RM300,.


Gallery

Tag:

dummy buckle trend
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026