Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Umum Nama Pemenang Cabaran Kecekapan Minyak "Drive Further, Win Bigger"

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pemilik Haval H6 dari Kelantan  dinobatkan sebagai juara  Cabaran Kecekapan Minyak ‘Drive Further, Win Bigger‘ selepas berjaya menamatkan pemanduan sejauh 1,204 km dengan hanya menggunakan satu tangki penuh.

Menerusi pemanduannya yang berhemah itu membuatkan Koh Hui Min berjaya memenangi kad petrol, dengan ganjaran bernilai RM 1 untuk setiap 1 km.

Ini bermakna, Hui Min berjaya membawa pulang kad petrol bernilai RM1,204.

image.png

Selain Hui Min, terdapat lima pemenang lain juga turut mencatatkan pemanduan jarak sehingga ribuan kilometer.

Berikut adalah senarai pemenang:

1. Koh Hui Min (1,204 km)

2. Lee Keat Teng (1,127 km)

3. Hasif Radzi (1,120 km)

4. Teh Harn Jian (1,102 km)

5. Tan Cheng Yang (1,101 km)

6. Mohd Syarizal bin Mohd Noor (1,077 km)

Untuk makluman, kempen yang hanya melibatkan para pemIlik Haval H6 sebenarnya bertujuan untuk menguji kemampuan SUV mereka. 

Cabaran ini juga bertujuan untuk menunjukkan prestasi sebenar GWM HAVAL H6 HEV dalam keadaan pemanduan optimum, serta menguji had kecekapan bahan api. 

image.pngimage.png

Sementara itu, Pengarah Urusan GWM,  Cui Anqi mengakui  para pemilik juga agak teruja untuk  menguji kemampuan luar jangkaan GWM HAVAL H6 HEV.

“Pencapaian luar biasa ini membuktikan kemampuan SUV hibrid ini untuk mencapai kecekapan bahan api yang lebih efisien tanpa mengabaikan prestasi kenderaan,” katanya.

Sejak pelancarannya pada Oktober 2024, GWM HAVAL H6 HEV kini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu SUV pilihan utama di Malaysia.

Ia menawarkan teknologi hibrid canggih, ruang kabin dan ruang but yang cukup  luas, 

GWM HAVAL H6 HEV yang hadir dengan kuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan motor elektrik mampu, menghasilkan output setakat 243 PS dan tork 530 Nm. 

Dengan kadar kecekapan bahan api 5.8L/100km, SUV ini menawarkan perjalanan melebihi 1,000km dengan hanya menggunakan satu tangki penuh.

image.png

Bagi yang berminat untuk menyahut cabaran ini, anda boleh membuat penyertaan melalui https://forms.gle/TZM6QxHE9verxPVs5.


Gallery

Tag:

GWM Malaysia
GWM Haval H6 HEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

08-06-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026