Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Kini Berhak Sekat Pembaharuan Lesen Jika Ada Saman Belum Selesai

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-LESEN.jpg


Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kuasa untuk menyekat pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sekiranya pemilik kenderaan gagal melunaskan kompaun saman trafik.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, menjelaskan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi pada 2012 yang mempertikaikan tindakan ini telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan. Ini bermakna, tindakan JPJ untuk menyekat transaksi pembaharuan lesen adalah sah di sisi undang-undang.


Kuasa JPJ Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan


kamera-awas.jpg


Kamera AwAS


Menjawab pertanyaan Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) berhubung perkara ini, Loke merujuk kepada peruntukan Seksyen 119B Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333), yang memberikan kuasa kepada Pengarah JPJ untuk menyekat sebarang transaksi berkaitan sekiranya terdapat kes atau pelanggaran peraturan yang belum diselesaikan.


Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa Seksyen 17 dan Seksyen 29 Akta 333 serta Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan turut membenarkan JPJ mengambil langkah yang sama terhadap pemilik kenderaan yang gagal menyelesaikan saman mereka.


Dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini, pemilik kenderaan perlu memastikan semua saman trafik dilangsaikan sebelum memperbaharui lesen atau cukai jalan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sumber: Buletin TV3

Baca: "Tak Boleh Perbaharui Lesen & Cukai Jalan Kalau Tak Selesai Saman Bermula Julai Ini." – JPJ


Tag:

JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan (MOT)
Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026