Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pertukaran Petugas Kaunter JPJ Seluruh Negara Bakal Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Datuk-Aedy-Fadly-Ramli_Bernama.png


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli (Foto: Bernama)


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dalam fasa akhir untuk menentukan jumlah kakitangan yang akan terlibat dalam penggiliran tugas kaunter, membabitkan seramai 1,907 kakitangan di seluruh negara.


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, memaklumkan bahawa proses ini melibatkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi petugas yang menggunakan skim guna sama, manakala bagi mereka yang tidak termasuk dalam skim tersebut, penggiliran akan diuruskan secara dalaman oleh JPJ.


"Untuk anggota guna sama kita akan serahkan senarai nama kepada JPA untuk dibuat penggiliran manakala untuk bukan guna sama di bawah JPJ, ia akan diuruskan JPJ sendiri untuk pertukaran,” jelasnya. 


Arahan Ketua Setiausaha Negara, Pelaksanaan Berperingkat


Kaunter-Counter-JPJ-Aedy-Fadly_BH.png


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli mengunjungi sebuah cawangan JPJ (Sumber: BH)


Menurut Aedy Fadly, JPJ telah mula melaksanakan inisiatif ini secara berperingkat selepas menerima amanat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, pada 20 Januari lalu. Pelaksanaan secara fasa ini bertujuan memastikan kelancaran perkhidmatan kaunter JPJ di seluruh negara.


Shamsul Azri sebelum ini menyatakan bahawa tempoh lima tahun bertugas di kaunter adalah terlalu lama dan tidak sesuai. Oleh itu, beliau mengarahkan JPA untuk mengkaji serta melaksanakan penggiliran bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan.


"Proses ini tidak boleh dibuat serentak kerana ia melibatkan ramai kakitangan. Namun, setakat ini petugas JPJ bersedia untuk menghadapi penggiliran kerana mereka memahami bahawa ia sudah termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam," jelas Aedy Fadly.


Beri Peluang Pengalaman Baharu Kepada Kakitangan


Beliau turut menyambut baik inisiatif penggiliran ini, terutamanya dalam memberi peluang kepada petugas kaunter untuk memperoleh pengalaman baharu di jabatan lain.

Sumber: Sinar Harian

Baca: Hampir 2,000 Petugas Kaunter JPJ Melebihi Lima Tahun Akan Ditukarkan

Tag:

JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Kaunter JPJ
Penggiliran Petugas JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar

Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.

10-07-2026
Berita Auto

Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.

08-07-2026
Berita Auto

Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.

01-07-2026
Berita Auto

Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029

Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.

23-06-2026
Berita Auto

JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!

JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.

22-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026