Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Photo-2.jpg


Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang. 


Kemudahan Lengkap untuk Pengalaman Pelanggan Lebih Baik


Ford_Showrooms_Penang_SDAC_Night-4.jpgFord_Showrooms_Penang_SDAC_Night-7.jpgFord_Showrooms_Penang_SDAC_Day-10.jpgFord_Showrooms_Penang_SDAC_Day-8.jpgFord_Showrooms_Penang_SDAC_Night-12.jpg

Pusat 3S ini merupakan cawangan Ford terbesar di Pulau Pinang.

Pusat berkeluasan 46,000 kaki persegi yang ditubuhkan dengan pelaburan mencecah RM16.6 juta ini menampilkan bilik pameran yang mampu memuatkan enam kenderaan serta ruang khas untuk penyerahan kenderaan kepada pelanggan. Selain itu, ia dilengkapi pusat servis dengan 16 ruang servis serta pusat alat ganti. 


Turut disediakan ialah perkhidmatan concierge peribadi bagi menyambut pelanggan, selain pengalaman digital lebih lancar melalui Ford Digital Sales Tools yang digunakan oleh pasukan jualan dan selepas jualan yang terdiri daripada 38 kakitangan terlatih.


Pusat  Body & Paint Berkapasiti Tinggi


Photo-3.jpg


Bagi melengkapkan kemudahan ini, Pusat 3S ini turut disokong oleh Pusat Body & Paint seluas 28,000 kaki persegi, yang terletak hanya 7 km dari lokasi utama. Dengan lima ruang servis khas, pusat ini mampu menjalankan baik pulih badan kenderaan untuk sehingga 20 unit sebulan.


Komitmen Terhadap Pengalaman Pemilikan Ford


Ford_Showrooms_Penang_SDAC_Body_Paint-4.jpgFord_Showrooms_Penang_SDAC_Body_Paint-10.jpg


Menurut Pengarah Urusan AutoConneXion, Turse Zahir, pembukaan pusat ini mengukuhkan kedudukan Ford sebagai peneraju dalam segmen trak pikap di Malaysia serta mencerminkan komitmen syarikat dalam meningkatkan pengalaman pemilik Ford.


Sementara itu, Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, menegaskan bahawa pengembangan rangkaian ini bertujuan memastikan pengalaman pemilikan Ford lebih mudah diakses khususnya di wilayah utara.


Baca: Model Edisi Khas, Ford Everest Tremor, Didedahkan – Off-Road, Enjin V6


Promosi Khas Sempena Pembukaan


Ford_Showrooms_Penang_SDAC_Day-5.jpg


Bersempena pembukaan Pusat 3S ini, pelanggan yang membuat pembelian sepanjang bulan Februari layak menerima pelan servis percuma Ford Blue Oval selama 5 tahun serta penjimatan sehingga RM8,000 (tertakluk pada terma dan syarat).


Lokasi dan Waktu Operasi


Ford_Showrooms_Penang_SDAC_Day-1.jpg


Pusat 3S Ford ini terletak di Lot 6984, Jalan Baru, Mukim 1, 13700 Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, manakala Pusat Body & Paint beralamat di 11A, Jalan Saga Jaya 1, Taman Perindustrian Saga Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang.


Berikut adalah waktu operasi bilik pameran dan pusat servis:


  • Bilik Pameran: Isnin - Sabtu (8.30 am - 6.00 pm) | Ahad & Cuti Umum (10.00 am - 6.00 pm)
  • Pusat Servis: Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm) | Sabtu (8.00 am - 12.30 pm)

Baca: Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Tag:

Ford
Ford Pulau Pinang
Pusat 3S Ford
Pusat Body & Paint Ford
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.

11-06-2025
Gaya Hidup

Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.

27-03-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024
Global

Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini

Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.

26-02-2024
Global

Ford Ada Pasukan Skunk Works Untuk Cipta EV Murah

Ford mengumumkan bahawa pihaknya sedang membangunkan strategi baharu?

19-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.

23-09-2025
Berita Auto

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025
Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025
Berita Auto

Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

23-09-2025
Berita Auto

SIB, APU Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Teknologi EV, Hibrid

Sapura Industrial Berhad dan Asia Pacific University menjalinkan kerjasama untuk memperkasakan kemahiran dalam EV, Hibrid dan perkilangan pintar di Malaysia.

23-09-2025
Berita Auto

Hujan Ribut: 30 Kereta Rosak, Bumbung PPR Di Pantai Dalam Tercabut

Kira-kira 30 buah kereta rosak selepas bumbung Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Pantai Dalam, Kuala Lumpur tercabut dan terbang.

23-09-2025
Berita Auto

Cip MyKad Rosak? Boleh Ganti Secara Percuma Mulai Esok Hingga 7 Okt Ini!

Kerajaan mengumumkan penggantian MyKad percuma bagi individu yang mengalami masalah cip rosak pada kad pengenalan mereka bermula esok sehingga 7 Oktober.

22-09-2025
Berita Auto

BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu, Kaunter Pelbagai Mulai 27 Sept Ini

JPJ mengumumkan penambahan waktu operasi kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai di seluruh negara mulai 27 September ini.

22-09-2025