Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Dolphin 2025 Diperkenalkan Di China – Lebih Canggih, Cas DC 100 kW, God’s Eye

Sofea Najmi

Kongsi melalui

cb7234b1-1a36-5035-b392-446da8a50000.jpg


BYD Dolphin 2025 diperkenalkan di China baru-baru ini


Kenderaan elektrik (EV) BYD Dolphin diberikan sentuhan baharu buat kali kedua dengan pengenalan model tahun 2025 (MY2025) di pasaran China. Model hatchback elektrik ini hadir dengan perubahan ketara dari segi reka bentuk luaran dan dalaman, selain peningkatan teknologi serta ciri keselamatan terkini.


Reka Bentuk Baharu Seiring Identiti Terbaru BYD


7b4c9e06-3060-5218-86d2-335419950000.jpga674fdb3-10bd-5612-afa6-58a2ad350000.jpg


Dari luar, rekaan BYD Dolphin MY2025 kini selari dengan bahasa reka bentuk terbaru jenama ini. Perubahan besar dapat dilihat daripada rekaan bampar depan dan belakang, lampu depan dan lampu belakang LED yang kini lebih tajam, serta pilihan rim baharu bersaiz 16 dan 17 inci.


Satu lagi perubahan ketara adalah penyingkiran logo "Build Your Dreams" pada bahagian belakang, digantikan dengan logo “BYD” yang lebih ringkas. Logo ini turut diintegrasikan ke dalam bar lampu belakang yang merentangi seluruh pintu but.


Baca: BYD Buang Logo 'Build Your Dreams' Untuk Pasaran Eropah


Kabin Lebih Canggih: Skrin Lebih Besar & Konsol Tengah Baharu


9a26d4fb-22bf-5c72-8ee9-2f7641d50000.jpgc3c532a4-5611-5219-9d1e-a2949ed50000.jpgca1a30aa-4487-53d7-8090-5aad00950000.jpg


Bahagian dalaman turut menerima perubahan yang meningkatkan pengalaman pemandu. Walaupun skrin infotainmen 12.8 inci yang boleh dipeturkan (lanskap/portrait) masih dikekalkan, ia kini menyokong sambungan 5G. Selain itu, paparan digital kluster instrumen kini lebih besar, dari 5 inci kepada 8.8 inci.


Konsol tengah juga direka semula dengan beberapa perubahan penting. Ruang simpanan barangan di bawah skrin infotainmen telah dibuang daripada rekaan, manakala pad pengecasan telefon pintar tanpa wayar kini diletakkan lebih ke depan. Selain itu, butang fizikal baharu ditambah untuk memudahkan kawalan fungsi kenderaan. 


Sistem gear turut diberikan perubahan besar, di mana ia kini dikawal melalui tuil pada stereng menggantikan suis pada konsol tengah sebelum ini. Butang kawalan pada stereng juga diberi kemas kini, di samping kehadiran sistem pencahayaan ambien berwarna-warni serta ruang storan konsol tengah yang kini boleh dipanaskan atau disejukkan.


NVH Dipertingkat untuk Pemanduan Lebih Senyap


f06c93ab-0ef3-5e7d-86f9-35c837c50000.jpg


BYD turut menambah baik aspek keselesaan dalam Dolphin MY2025. Syarikat ini mendakwa model baharu ini menawarkan tahap bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) yang lebih senyap pada tahap setanding pengalaman menonton di pawagam. Ini dicapai melalui pelbagai pengoptimuman dalam konfigurasi kenderaan.


Pilihan Varian Baharu, Prestasi Lebih Berkuasa


Untuk pasaran China, BYD kini menawarkan varian pertengahan baharu dengan output 174 hp dan 290 Nm, yang ditempatkan antara varian asas (94 hp, 180 Nm) dan varian tertinggi (201 hp, 350 Nm).


Ketiga-tiga varian masih menggunakan pacuan roda hadapan dengan satu motor elektrik. Kapasiti bateri bagi varian asas dan pertengahan sedikit meningkat daripada 44.9 kWj kepada 45.1 kWj, manakala varian tertinggi kekal dengan bateri 60.5 kWj.


Pengecasan Lebih Pantas: 80 kW & 100 kW DC


Salah satu peningkatan paling ketara dalam model MY2025 ini adalah keupayaan pengecasan DC yang lebih pantas. Model ini kini menyokong pengecasan pantas 80 kW dan 100 kW, meningkat daripada had sebelum ini iaitu 60 kW dan 80 kW.


Dengan peningkatan ini, pengecasan dari 30% ke 80% kini hanya mengambil masa 25 minit, berbanding 30 minit sebelumnya. Pengecasan AC masih kekal pada kadar 7 kW.


Julat pemanduan berdasarkan standard CLTC tidak berubah, yang mana varian asas dan pertengahan masih menawarkan jarak perjalanan sehingga 520 km, manakala varian tertinggi mencapai 427 km.


Sistem Elektrik & Teknologi Separa Autonomi Dipertingkat


e9183245-79d3-5a49-a3b7-21c187250000.jpg


BYD turut menambah baik sistem elektrik Dolphin dengan kecekapan tenaga yang lebih baik. Pam haba baharu yang digunakan kini 15% lebih kecil dan 10% lebih cekap berbanding model sebelumnya. 


Satu lagi ciri utama yang diperkenalkan adalah teknologi ADAS, pemanduan separa autonomi ‘God’s Eye’. Sistem ini menggunakan 29 sensor untuk meningkatkan keupayaan pemanduan automatik pada tahap yang lebih tinggi.


Baca: Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD


Pelancaran Global Masih Menjadi Tanda Tanya


Buat masa ini, BYD belum mengumumkan sama ada model Dolphin MY2025 ini akan diperkenalkan di pasaran luar negara China. Namun, dengan populariti model ini di beberapa pasaran antarabangsa, pelancarannya di luar China dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

Baca: Pandu Uji 2 Varian BYD Dolphin

Baca: EV Lagi Laris Dari Hibrid? BYD, Tesla Teratas

Tag:

BYD
BYD China
BYD Dolphin
BYD Dolphin 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

10-02-2026
Global

09-02-2026
Global

06-02-2026
Global
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

20-01-2026
EV

16-01-2026

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026