Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

KTMB Sedia 4 Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik bagi orang Utara yang mahu pulang ke kampung sempena  raya tahun ini kerana  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara.

Langkah itu diambil bagi memenuhi permintaan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

Untuk itu, sebanyak 1,920 tiket bagi empat perkhidmatan akan dijual bermula 8 pagi Isnin melibatkan laluan KL Sentral hingga Padang Besar, Perlis dengan tambang sehala pada RM70 dengan pilihan koc tempat duduk superior.

KTMB berkata, perkhidmatan tren khas itu adalah alternatif pengangkutan sempena Aidilfitri bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung atau bercuti. 

"KTMB kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan kereta api yang bukan sahaja selamat, tetapi selesa, khususnya untuk warga emas dan kanak-kanak bagi perjalanan jarak jauh," katanya.

Tren dari KL Sentral dijadualkan bertolak pukul 10.30 malam pada 27 Mac dan 3 April, serta tiba di Padang Besar pada 7.22 pagi seterusnya, manakala perjalanan pulang dari Padang Besar dijadualkan pukul 10.30 malam pada 28 Mac dan 4 April untuk tiba di KL Sentral pada 7.10 pagi.

image.png

KTMB memaklumkan bahawa tren itu juga akan berhenti di stesen-stesen utama seperti Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping di Perak, Sungai Petani dan Alor Setar di Kedah serta Arau, Perlis.

Tiket boleh didapati secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau di mesin kios KTMB.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau layari platform media sosial rasmi KTMB untuk maklumat terkini.


Gallery

Tag:

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PRN N9: KTMB Tawar Tren Tambahan

Pulang Mengundi Bebas Kesesakan: KTMB Tambah Perjalanan ETS & Komuter.

30-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Aidilfitri 2026: Jangan Risau Nak Balik Kampung Sebab KTMB Tambah 26 Tren Lagi

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah sebanyak 26 perjalanan tren tambahan bagi tempoh 17 Mac hingga 29 Mac 2026.

02-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS

Jangan risau nak balik kampung pada tahun ini kerana KTMB sediakan 8 ETS tambahan.

30-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

ETS3 Dari KL-JB, JB-KL Sudah Beroperasi, Tempoh Perjalanan Hanya 4.5 Jam

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru, sudah pun bermula hari ini.

12-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026