Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lagi Kemalangan Maut Di KLK, 3 Maut

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tiga maut manakala empat lagi termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, sebentar tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku jam 4.55 petang itu, lapan mangsa lain terdiri pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan, selamat.

“Sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan serta empat kereta jenis Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan Subaru.

image.png

“Tiga mangsa yang menaiki Honda Accord, terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi individu dalam kenderaan itu mengalami kecederaan.

“Selain itu, pemandu lori lima tan turut dilaporkan cedera,” katanya.

Zulfadli menambah, pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa sebelum memberi rawatan awal kepada mereka yang cedera.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya.


Gallery

Tag:

Kuala Lumpur - Karak Highway (KLK)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cuti Panjang, Aliran Trafik Di Karak Masih Steady, Utara, Selatan Mula Sesak

Aliran trafik di beberapa lebuh raya terutamanya menuju ke selatan dan utara mula bergerak perlahan di beberapa kawasan petang ini.

30-01-2026
Berita Auto

KLK Sesak 13km

KLK sesak lebih 13 km sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur petang tadi.

12-05-2025
Berita Auto

Lelaki Maut Dirempuh Kereta Ketika Kawal Lalu Lintas Di Lokasi Kemalangan

Seorang lelaki temui ajal gara-gara dirempuh kereta ketika mengawal lalu lintas.

17-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026