Link Copiedcheck_circle
Global

Varian Mampu Milik, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Kini Di Australia – Malaysia Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

mercedes-benz-glc-200-01.jpg


Mercedes-Benz GLC generasi kedua (kod casis: X254) kini ditawarkan dalam varian lebih mampu milik di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) pertamanya, Australia, dengan pengenalan GLC 200 4Matic.


Perbezaan & Persamaan Dengan  GLC 300 


mercedes-benz-glc-200-03.jpg


Berdasarkan laporan media Australia, GLC 200 4Matic hadir dengan pakej Avantgarde Line, yang menampilkan elemen lebih elegan berbanding GLC 300 AMG Line. 


Antara perbezaannya termasuk rim aloi 19 inci (berbanding 20 inci pada AMG Line), bampar hadapan dan belakang yang direka semula, kemasan badan yang lebih minimal, serta pelbagai elemen krom tambahan di bahagian luaran.


mercedes-benz-glc-200-02.jpg


Dalam masa yang sama, GLC 200 4Matic berkongsi pelbagai ciri dengan GLC 300, termasuk lampu LED adaptif, skrin infotainmen MBUX 11.9 inci dengan sambungan Apple CarPlay & Android Auto, bumbung panorama, kawalan suhu dua zon, upholsteri kulit tiruan serta ciri keselamatan standard seperti airbag, ABS, ISOFIX dan sebagainya. 


Bagi pasaran Australia, pembeli GLC 200 4Matic juga boleh mendapatkan ciri lain dengan kos tambahan seperti sistem audio Burmester, lampu Digital Light, navigasi realiti terimbuh (AR) serta sistem bantuan pemandu (ADAS) seperti brek kecemasan autonomi (AEB) dan bantuan pemusatan lorong (LCA).


Prestasi & Ciri Mekanikal GLC 200 4Matic


MercedesBenz-GLC350e-4Matic-CKD-2.jpg


Dari aspek teknikal, GLC 200 4Matic menggunakan enjin yang sama seperti GLC 300 4Matic  iaitu enjin hibrid ringkas (MHEV) 2.0L turbo 4 silinder dipadankan dengan transmisi 9 kelajuan automatik dan sistem pacuan semua roda 4Matic AWD.


Namun, terdapat sedikit perbezaan dalam angka prestasi seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Kuasa: 201 hp (kurang 57 hp berbanding GLC 300)
  • Tork: 320 Nm (kurang 80 Nm berbanding GLC 300)
  • Pecutan 0-100 km/j: 7.8 saat (1.6 saat lebih perlahan)
  • Penggunaan bahan api: 7.2 L/100 km (lebih efisien)

Harga Lebih Rendah, Pilihan Lebih Berpatutan


Dengan angka prestasi yang lebih rendah, varian ini dapat ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.


Di Australia, GLC 200 4Matic ditawarkan pada harga bermula AUS$89,000 (~RM248,224), menjadikannya satu-satunya varian GLC generasi baharu di bawah AUS$100,000 (~RM278,972).


Buat masa ini, pasaran Malaysia kini hanya menerima satu varian X254 iaitu GLC 350e 4Matic AMG Line hibrid plug-in (PHEV) yang dipasang secara tempatan (CKD) pada harga RM469,888.


Model PHEV tersebut menggantikan GLC 300 4Matic AMG Line dengan teknologi MHEV yang ditawarkan sebelum ini oleh Mercedes-Benz Malaysia (MBM) pada harga RM378,888, model yang sama sebelum ini dilancarkan sebagai unit import penuh (CBU) dengan harga permulaan RM429,888.


Bakal Tiba di Malaysia?


mercedes-benz-glc-200-04.jpg


Dengan pengenalan varian ini di pasaran Australia, ada kemungkinan MBM akan mempertimbangkan untuk membawa masuk GLC 200 4Matic sebagai varian CKD yang lebih mampu milik. Jika ini berlaku, ia bakal menjadi pilihan lebih menarik buat pembeli tempatan yang ingin memiliki SUV mewah ini tanpa perlu berbelanja hampir setengah juta ringgit.


Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi daripada MBM mengenai pelancaran varian ini di Malaysia. 

Baca: Laporan: Mercedes-Benz Bakal Dedah 21 Model 

Tag:

Mercedes-Benz GLC 200
Mercedes-Benz GLC
Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line
Mercedes-Benz Australia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Mercedes-Benz GLC With EQ Tech: Gaya Futuristik Yang Menawan

Mercedes-Benz bakal memperkenalkan model GLC generasi seterusnya dengan teknologi elektrik, dinamakan ‘Mercedes-Benz GLC with EQ Technology’.

06-08-2025
Berita Auto

Sempena Hari Raya, Jalan KL Makin Sesak Sebab Ramai Orang Luar Beli-Belah

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sekurang-kurangnya satu juta kenderaan keluar dan masuk ke ibu kota Kuala Lumpur pada setiap hari.

07-04-2023
Berita Auto

Mercedes-Benz GLC300 4Matic AMG Line, Harga Boleh Tahan

Mercedes-Benz Malaysia secara rasminya melancarkan GLC300 4Matic AMG Line 2023 generasi baharu ke pasaran Malaysia sebentar tadi.

07-04-2023
Kereta Baru

Mercedes-Benz Malaysia Tayang Imej Teaser GLC

Mercedes-Benz Malaysia sudah mula memberi bayangan bahawa pihaknya akan melancarkan sebuah model kenderaan utiliti sukan secara rasminya pada minggu hadapan.

30-03-2023
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line Kini Murah RM51K, Dipasang CKD

Apa yang berbeza dalam Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line yang dipasang CKD? Klik untuk pendedahan...

14-09-2023

Berita Terkini

Global

Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.

06-08-2025
Global

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025
Global

Neta Auto "Berjaya" Hadapi Krisis Kewangan, Mula Bayar Gaji Pekerja

Neta Auto telah membuat pembayaran gaji penuh kepada pekerjanya di kilangnya di Tongxiang pada Julai lalu.

06-08-2025
Global

Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Chery muncul sebagai jenama automotif China pertama yang telah mengeksport lima juta kenderaan secara global. P

05-08-2025
Global

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Global

SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

Jenama kenderaan elektrik (EV) di bawah Chery, iCaur, telah membuat kemunculan rasmi di Dubai dengan pengenalan model iCaur V27.

04-08-2025
Global

Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

BMW M3 CS Touring memecahkan rekod sebagai wagon terlaju apabila mencatatkan masa 7 minit 29 saat di litar Nürburgring

01-08-2025
Global

Brabus 1000, Kuasa Enjin "Meroket"

Brabus 1000 mampu menghamburkan kuasa setakat 1,000 PS dan tork 1,620 Nm.

30-07-2025