Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

2 Juta Saman Tertunggak, Boleh Dapat Diskaun Kompaun RM150 Tapi Sampai 30 Jun

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan pihaknya sudah menerima bayaran tunggakan saman sebanyak RM35 juta sejak tawaran 

Tawaran kompaun khas itu membabitkan tiga jenis notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).

Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata hampir dua juta lagi saman masih belum dilangsaikan dan pihaknya menggesa orang ramai segera menyelesaikan tunggakan bayaran ketiga-tiga saman itu sebelum 30 Jun ini.

image.png

"Sehingga kelmarin, sebanyak RM35 juta sudah berjaya dikutip hasil bayaran untuk tiga jenis saman sempena tawaran kompaun khas bermula Januari lalu.

"Kita harap orang ramai mengambil peluang ini untuk segera menjelaskan tunggakan saman mereka pada kadar RM150 saja kerana tawaran istimewa ini berakhir pada 30 Jun,” katanya.

Bagaimanapun,  selepas 30 Jun, kadar bayaran kembali seperti biasa iaitu RM300 dan sebaik tamat tempoh tawaran itu, pesalah boleh dikenakan tindakan.

Jika anda gagal melunaskan saman tertunggak,  pesalah tidak boleh memperbaharui lesen dan cukai jalan kenderaan selagi tunggakan saman tidak diselesaikan.

"Jadi kita harap, mereka ambil peluang dua bulan yang masih berbaki ini untuk segera langsaikan tunggakan saman tiga kesalahan itu bagi mengelak kesukaran lain yang bakal dialami nanti," katanya.


Gallery

Tag:

kompaun saman jpj
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026