Link Copiedcheck_circle
EV

DiDi Mahu Bawa Masuk 100,000 EV Ke Mexico, Bakal Bersaing Dengan Uber

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat gergasi e-hailing di China, DiDi mahu membawa masuk lebih 100,000 kenderaan elektrik (EV) buatan China ke Mexico,  menjelang tahun 2030.

Untuk itu, syarikat terbabit akan  bekerjasama dengan pembuat kereta seperti Deepal, GAC, dan BYD.

Ini bermakna, DiDi akan menjadi pengimport kereta China terbesar di negeri Amerika Tengah itu selain akan bersaing dengan Uber di Mexico.

image.png

Di China, DiDi mempunyai sejarah yang menerajui elektrifikasi perkhidmatan ride-hailing. 

image.png

Pada 2023, syarikat  itu menyaksikan lebih 4 juta Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) didaftarkan pada platformnya. Ia termasuk kira-kira 3.5 juta kenderaan elektrik bateri (BEV). 

Sementara itu, wakil DiDi di Mexico menyifatkan   pertukaran kuasa bahan api kepada EV sebenarnya  boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 70%. 

Beliau berkata, inisiatif  itu dijangka mengurangkan lebih 500,000 tan pelepasan karbon dioksida  di Mexico pada masa depan.

Usaha globalisasi DiDi  bermula pada 2018 apabila ia berkembang ke Brazil dengan memperoleh 99 iaitu sebuah- platform pengangkutan dalam talian yang terbesar di Brazil. 

DiDi kemudiannya melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan di bawah jenama 99 Food.

Jika digabungkan, perkhidmatan ini kini memberi perkhidmatan kepada lebih 550 juta pengguna dan meliputi lebih daripada 3,400 bandar dan pekan di seluruh Brazil. 

Ia juga bersaing secara langsung dengan iFood, yang merupakan platform mendominasi pasaran Brazil yang menguasai bahagian pasaran lebih 80%.

Berbalik kepada segmen EV,  DiDi kini sudah bersedia untuk membina lebih 10,000 stesen pengecas awam di Brazil.

Sebaliknya, usaha ini menyaksikan gergasi China turut menyokong infrastruktur EV Brazil yang semakin berkembang.


Gallery

Tag:

DiDi China
Deepal
BYD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Changan Rasmi Pembukaan Kilang NEV Di Thailand – Pertama Di Luar Negara

Syarikat automotif China, Changan Automobile, secara rasmi memulakan pengeluaran di kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) pertamanya di luar negara, terletak di Rayong, Thailand.

18-05-2025
Berita Auto

Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%

Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.

16-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
Gaya Hidup

BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.

22-01-2026
Global

BYD Sealion 5 DM-i PHEV Dilancarkan Tetapi Bukan Di Malaysia

BYD Sealion 5 DM-i baharu kini membuat kemunculan sulungnya di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) kedua, apabila SUV hibrid plug-in (PHEV) ini secara rasmi dilancarkan di United Kingdom.

15-01-2026
EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026