Link Copiedcheck_circle
EV

Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery memperkenalkan jenama iCaur dengan mendedahkan imej  teaser model pertamanya iaitu iCaur 03. Model ini akan didedahkan kepada umum pada Malaysia Autoshow (MAS2025 pada Mei ini.

Berdasarkan imej teaser itu, walaupun hanya ditunjukkan dalam bentuk siluet, lampu depan jenis menegak sudah memberi bayangan ia adalah  iCaur 03.

Ia dijangka akan dilancarkan secara rasmi atau dibuka untuk pendaftaran minat (ROI) pada MAS 2025 termasuk model iCaur V23.

Sebenarnya, iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6. Walaupun ia dijual di bawah jenama Jaecoo di Singapura dan Thailand, Malaysia akan menerima model ini di bawah jenama baharu.

image.png

Dari segi rekaan, iCaur 03 mengambil inspirasi  daripada Land Rover Defender, sama seperti iCaur V23. Ia mempunyai panjang 4,406 MM dengan jarak roda 2,715 MM, lebar 1,910 MM, dan tinggi 1,715 MM. 

image.png

Jika spesifikasi Jaecoo J6 untuk pasaran Thailand dijadikan rujukan, dua varian iCaur 03 berkemungkinan besar akan memasuki pasaran kita. 

Ia bermula dengan varian asas pacuan dua roda (2WD) yang menawarkan kuasa 181 hp dan 220 Nm daripada satu motor elektrik yang dipasang di belakang. 

Sementara  itu, varian pacuan semua roda (AWD)  pula menghasilkan kuasa setakat 275 hp dan 385 Nm menerusi dua motor elektrik, dimana setiap  motor dipasang pada  setiap gandar.

image.pngimage.png

Kapasiti bateri berbeza sedikit. Varian 2WD menggunakan pek bateri LFP 65.69-kWh yang menawarkan jarak sejauh 371 KM manakala varian AWD dilengkapi dengan unit 69.77-kWh yang memberikan jarak 364 km.

Kedua-duanya menyokong pengecasan AC 6.6 kW dan DC 80 kW, serta turut menawarkan fungsi V2L 3.3 kW.

Menjengah kabinnya, ia dilengkapi dengan kluster digital bersaiz 9.2 inci, skrin infotainmen 15.6 inci yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 8155, pad pengecas tanpa wayar, dan sistem bunyi Infiniti 12 pembesar suara.

Di Thailand, harga bagi Jaecoo J6 bermula pada 1.099 juta bhat(RM138,000) untuk varian Long Range 2WD dan 1.249 juta bhat (RM157,000) untuk Long Range 4WD.

iCaur 03 dan V23  akan dipamerkan di Malaysia Auto Show 2025 bermula 9–15 Mei 2025 di MAEPS Serdang.


Gallery

Tag:

iCAUR V23
iCAUR EV
iCaur 03
Chery
Jaecoo J6 Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

07-11-2025
EV

06-10-2025
EV

23-05-2025
EV

09-05-2025
EV

11-09-2025
Kereta Baru

09-09-2025
Berita Auto

13-08-2025
Kereta Baru

19-06-2025

Berita Terkini

EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat

Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.

05-11-2025
EV

Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Jaecoo J5 elektrik dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

04-11-2025
EV

Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025

Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.

04-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025