Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mat Rempit Suka Hati Tahan Kenderaan, Polis Siasat Kes Lumba Haram Di LPT 1

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran tegas terhadap penganjur dan peserta aktiviti lumba haram, terutamanya yang menjadikan lebuh raya sebagai litar lumba mereka.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan kumpulan itu bukan hanya membahayakan diri mereka, tapi mengganggu lalu lintas dan mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Saya ingin memberi nasihat dan amaran kepada penganjur-penganjur aktiviti rempit ini, kita tahu ada penganjur yang terlibat... kita tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di jalan raya," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran JPJ Pahang di Indera Mahkota, dekat Kuantan, Pahang, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai video tular sejak semalam yang menunjukkan sekumpulan mat rempit menghalang kenderaan lain bagi memberi laluan kepada mereka berlumba.

Berdasarkan rakaman video itu, perlumbaan haram berkenaan dirakam pada 12 April lalu sekitar jam 5 pagi, berhampiran kawasan rehat dan rawat Temerloh.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Aedy Fadly memaklumkan, pihaknya menyerahkan siasatan berkaitan perkara berkenaan kepada pihak polis.

"Untuk (kes) yang berlaku dua hari lepas, yang itu kita serahkan dulu kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

image.png

"Bagi pihak JPJ, kita akan bagi kerjasama... sekiranya perlu, kita adakan Op Bersepadu (bersama polis) kerana untuk mengekang aktiviti rempit yang sangat 'organised' dan besar seperti ini, kita perlukan kerjasama agensi lain, JPJ tidak boleh bertindak sendirian," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan pihaknya sudah membuka kertas berhubung kejadian itu.

Terdahulu, tular di media sosial berdurasi satu minit lima saat membabitkan perlumbaan motosikal haram di LPT 1 kira-kira jam 4 pagi.

Difahamkan, ada beberapa individu dikatakan menahan kenderaan bagi perlumbaan haram itu hingga boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.


Gallery

Tag:

JPJ
LPT 1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur

Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.

17-08-2026
Berita Auto

Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu

JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.

13-08-2026
Berita Auto

Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok

JPJ Jumpa Penganjur RXZ Members Bincang Aspek Keselamatan, Penambahbaikan Program.

11-08-2026
Berita Auto

JPJ Serbu Insitut Memandu, Macam-Macam Kesalahan Dibuat

12 Institut Memandu Di Kelantan Diserbu JPJ! Ini Senarai Kesalahan Yang Terbongkar!

10-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026