- Berita
- Berita Auto
- Nombor Siri VIPS Boleh Dibida Mulai ESOK - 16 April Ini
Nombor Siri VIPS Boleh Dibida Mulai ESOK - 16 April Ini
Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri VIPS secara bidaan dalam talian melalui Sistem JPJeBid kepada orang awam.
Kementerian Pengangkutan berkata, NPI Siri VIPS adalah membawa maksud “Visit Impressive Perlis State” bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis.
“Pengenalan NPI VIPS ini juga sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan “Tahun Melawat Perlis 2024-2025”,” katanya dalam satu kenyataan.
NPI Siri VIPS akan mula dibuka untuk bidaan kepada orang awam pada :
Tarikh buka : 11 April 2025 (Jumaat)
Tarikh tutup : 15 April 2025 (Selasa) - 10.00 malam
Tarikh keputusan: 16 April 2025 (Rabu) dalam tempoh 24 jam
Sehubungan itu, bagi yang berminat anda boleh menyertai bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) melalui Sistem JPJeBid sebagai medium dan saluran untuk mendapatkan pilihan nombor pendaftaran kenderaan siri VIPS.
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari