Link Copiedcheck_circle
Global

smart #5 Brabus EV Paling Berkuasa Jenama Setakat Ini Diperkenalkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

smart-5-Brabus-1.jpg


Selepas lebih setengah tahun sejak pengenalan rasmi model terbesarnya, smart #5, akhirnya jenama ini tampil dengan versi paling berkuasa setakat ini, smart #5 Brabus. SUV elektrik ini diperkenalkan secara rasmi sempena Minggu Rekaan Milan dan kini menyandang gelaran sebagai model paling berprestasi tinggi dalam sejarah jenama smart.


Kuasa 637 HP, Pecutan Sepantas Jentera Lebih Kecil


smart-5-Brabus-13.jpgsmart-5-Brabus-3.jpg


Model ini dikuasakan oleh sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor yang menjana sehingga 637 hp (475 kW), bersamaan output versi AWD bukan Brabus yang dipasarkan di China. Namun, model Brabus ini mencatat masa pecutan 0-100 km/j lebih pantas, iaitu hanya 3.8 saat, menyamai masa yang dicatatkan smart #1 Brabus walaupun bersaiz lebih besar dan berat.


Prestasi Mantap Tidak Beri Kesan Kepada Jarak EV


Walaupun tampil dengan prestasi pecutan luar biasa, smart #5 Brabus masih menawarkan jarak pemanduan elektrik yang baik. Dengan bateri NMC berkapasiti 100 kWj, model ini mampu mencapai sehingga 540 km berdasarkan standard WLTP.


Sama seperti varian standard, model Brabus ini menyokong sistem pengecasan pantas DC sehingga 400 kW menerusi binaan elektrikal 800 volt. Ini membolehkan pengecasan dari 10% ke 80% dibuat dalam masa hanya 18 minit.


Baca: [PANDU UJI] 9 Sebab Mengapa smart #3 Brabus EV Sporty Paling Berbaloi Untuk Dimiliki


Rekaan Brabus yang Eksklusif 


smart-5-Brabus-2.jpgsmart-5-Brabus-6.jpgsmart-5-Brabus-9.jpgsmart-5-Brabus-8.jpg


Dari segi rekaan, Brabus tampil berbeza berbanding versi standard dengan elemen rekaan sporty dan kemasan warna khas. Antara ciri penting termasuk aksen merah pada spoiler hadapan, bampar belakang, cermin sisi dan bumbung, rim aloi Monoblock Z 21 inci eksklusif Brabus, serta logo Brabus pada beberapa bahagian badan.


Kabin dengan Sentuhan Premium Brabus 


smart-5-Brabus-4.jpgsmart-5-Brabus-11.jpgsmart-5-Brabus-10.jpgsmart-5-Brabus-5.jpg


Di dalam kabin, semua tempat duduk dibalut fabrik mikro Dinamica dengan jahitan khas serta sulaman logo Brabus, termasuk pada bahagian perehat kepala hadapan. Sistem hiburan turut dipertingkatkan dengan dua skrin OLED 13 inci, skrin digital kecil dengan papar pandu (HUD), sistem audio 20 pembesar suara Sennheiser, serta pencahayaan ambien pelbagai warna.


Sudah Boleh Ditempah di Eropah, China Bakal Menyusul


smart-5-Brabus-3.jpg


Tempahan bagi smart #5 Brabus kini telah dibuka di beberapa pasaran terpilih di Eropah, dengan harga permulaan sekitar €60,900 (~RM301,666). Model ini juga dijangka akan membuat penampilan sulung di pasaran China semasa Auto Shanghai 2025 yang akan berlangsung pada 23 April akan datang.

Baca: smart#5 Dilancar Di Eropah, Harga Bermula Dari RM220K

Tag:

smart Eropah
smart#5
smart #5 Brabus
Brabus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

10-11-2025
EV

19-09-2025
Kereta Baru

28-08-2025
EV

18-07-2025
EV

15-05-2025
EV

09-05-2025
EV

05-05-2025
EV

09-04-2025

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026