Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota GR Yaris 2025 Kini Dengan Transmisi 8AT Lebih Responsif, Kit Badan Lebih Agresif!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-2.jpg


GR Yaris versi facelift diberikan kemas kini


Belum cukup setahun selepas versi facelift dilancarkan, Toyota GR Yaris kini diberikan beberapa ciri baharu untuk pasaran Jepun. Antara perubahan yang diberikan adalah termasuk transmisi automatik 8 kelajuan yang telah diperbaik dan pakej badan agresif, Aero Performance.


Transmisi 8AT Dipertingkat, Lebih Responsif


2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-7.jpg2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-1.jpg


Salah satu aspek paling ketara adalah perningkatan terhadap sistem transmisi automatik 8 kelajuan (8AT). Sistem transmisi ini kini mampu memberikan kawalan lebih responsif, terutamanya ketika pemanduan agresif.


Antara perubahan utama ialah julat RPM ketika menurunkan gear dari gear kedua ke gear pertama kini diperluas, membolehkan penukaran gear berlaku pada kelajuan enjin yang lebih tinggi. Penukaran ke gear lebih tinggi semasa mendaki bukit juga dilengahkan sedikit, bagi memastikan enjin dapat mengekalkan kuasa optimum semasa pendakian.


Selain itu, pedal penukar gear (paddle shifter) kini bertindak balas dengan lebih pantas, manakala dalam mod Sport, penukaran gear terasa lebih tepat dan responsif, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih agresif.


Enjin Kekal Sama


2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-8.jpg2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-4.jpg


Walaupun sistem transmisi dinaik taraf, enjin tiga silinder G16E-GTS dan transmisi manual 6 kelajuan tidak diberikan sebarang perubahan. Ia masih mengekalkan kuasa 300 hp dan 400 Nm, disalurkan kepada  kesemua roda melalui sistem pacuan GR-FOUR AWD.


Toyota turut memperkenalkan bolt khas baharu yang mengukuhkan lagi casis, sekali gus memperbaiki respons stereng dan kestabilan jentera pada kelajuan tinggi. Sistem stereng kuasa elektrik juga ditala semula berdasarkan maklum balas daripada pelumba Toyota Gazoo Racing, Kazuya Oshima.


Lebih ‘Garang’ dengan Pakej Aero Performance


2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-12.jpg2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-13.jpg2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-14.jpg2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-17.jpg2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-15.jpg2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-16.jpg


Toyota turut menaik taraf aspek visual GR Yaris menerusi pengenalan pakej kit badan khas dikenali sebagai Aero Performance Package. Pakej ini diinspirasikan daripada prototaip Aero Package GR Yaris yang pernah dipamerkan di Tokyo Auto Salon awal tahun ini. Ia tampil dengan elemen aerodinamik ekstrem termasuk bonet aluminium dengan komponen aliran udara, lubang pengudaraan pada fender hadapan ala GT3, spoiler belakang lebih besar dan boleh laras, serta rekaan bampar belakang dan lip hadapan yang agresif.


Harga di Jepun Bermula RM138K, Pakej Aero Menyusul


2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-23.jpg


Bagi pasaran Jepun, Toyota GR Yaris 2025 ditawarkan pada harga JPY 4.48 juta (~RM138,800) untuk varian RZ dan JPY 4.98 juta (~RM154,300) untuk varian RZ High Performance. Namun, harga rasmi bagi pakej kemasan Aero Performance masih belum diumumkan dan dijangka akan diperkenalkan pada musim luruh 2025.

Baca: Toyota GR Yaris & GR Corolla 2025 Kini Di Pasaran – Dari RM315,800, Prestasi Kini Lebih 'Menggerunkan'

2025-Toyota-GR-Yaris-Japan-3.jpg

Tag:

Toyota GR Yaris
Toyota GR Yaris 2025
Toyota GR Yaris Jepun
Toyota GR Yaris Kemas Kini
Toyota GR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

09-07-2025
Global

06-06-2025
Kereta Baru

28-04-2025
Global

11-04-2025
Global

13-03-2025
Global

13-01-2025
Berita Auto

07-01-2025
Kereta Baru

05-12-2024

Berita Terkini

Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025