Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

498176971_18476044177069307_3941513918817921025_n.jpg


Debaran menuju aksi perlumbaan Super GT Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang kian terasa, dan kini tumpuan mula beralih kepada kehadiran barisan jentera perlumbaan Toyota GR86 Cup Car yang telah tiba di tanah air.


GR86 Cup Malaysia: Siri Perlumbaan Baharu Dalam Super GT 2025


498177237_18476044084069307_2678677306790789105_n.jpg


Untuk edisi kali ini, Super GT Malaysia bakal memperkenalkan satu kejohanan baharu iaitu GR86 Cup Malaysia, perlumbaan one-make yang bakal menyaksikan semua pelumba bersaing menggunakan jentera GR86 yang sama.


Dua pusingan perlumbaan 10 lap akan dijalankan sebagai perlumbaan sokongan rasmi kepada Super GT Malaysia, bersama-sama dengan perlumbaan TGR Malaysia Vios Challenge 2025.


30 Unit GR86 Cup Car Sedia Untuk Serahan


491447720_18476044114069307_4066712202491627893_n.jpg


Satu hantaran di media sosial oleh bengkel tempatan RBM Motorsport, yang juga rakan teknikal rasmi untuk penganjur siri ini, Haro Sports and Entertainment, telah mengesahkan ketibaan kesemua 30 unit GR86 Cup Car ke Malaysia.


Difahamkan, kesemua unit tersebut kini menanti untuk diserahkan kepada pasukan-pasukan terlibat. Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada masih terdapat unit yang belum terjual.


Patuhi Piawaian Baharu MTCC Touring Production 2


497894363_18476044123069307_8083240735611979450_n.jpg


Setiap jentera dibangunkan mengikut spesifikasi kategori baharu MTCC Touring Production 2 (2025) yang sebelum ini dikenali sebagai MCS SP1 yang ditetapkan untuk perlumbaan tempatan.


Pelbagai Ciri Khas untuk Kegunaan Litar


web_GR86-Cup-Advics-brakes.jpgweb_GR86-Cup-KW-Shocks-TRD-Suspension-Bushings.jpg


Meskipun dilihat hadir dengan rim besi standard (steelies), jentera GR86 Cup ini bukan sebuah jentera biasa. Ruang kabinnya tampil lebih ringkas, tiada ciri infotainmen dan pembesar suara, kerana digantikan dengan roll-cage yang diiktiraf  Japan Automobile Federation (JAF) untuk perlindungan maksimum.


498693735_18476044147069307_823719236300823974_n.jpg


Enjin 2.4 liter 4 silinder boxer kekal, tetapi didatangkan dengan pendikit elektronik baharu serta sistem ekzos khas untuk prestasi Fujitsubo. Keseluruhan sistem ini membolehkan jentera mencapai kuasa 228 hp @ 7,000 rpm dan 250 Nm @ 3,700 rpm.


499122717_18476044159069307_8125612058675005155_n.jpg498017682_18476044132069307_6316837028073761691_n.jpg


Sistem transmisi pula masih sama, iaitu manual enam kelajuan seperti model asal, namun kini dilengkapi klac perlumbaan Cusco dan penyejuk transmisi tambahan.


Setiap unit GR86 Cup hadir dengan komponen khusus perlumbaan, antaranya kaliper brek monoblok Advics 4 piston di hadapan dan 2 piston di belakang, cakera brek 345mm (hadapan) dan 330mm (belakang), penyerap hentak KW Racing, bush suspensi TRD dan sistem stereng elektrik (EPS) yang ditala semula. 


Raxer-RP10X.jpg


Rim besi yang didatangkan standard pada model ini hanyalah untuk penghantaran, kerana setiap jentera akan dipasangkan dengan rim baharu, aloi tempa Raxer RP10X 17 inci (8JJ) serta tayar Bridgestone Potenza RE-71RS bersaiz 225/45R17.


Sistem Keselamatan Perlumbaan


Setiap jentera turut dipasang tempat duduk perlumbaan Bride ZETA yang telah dilusluskan Persatuan Permotoran Antarabangsa (FIA), tali pinggang enam poin HANS dan sistem pencegah kebakaran.


Dari RM208,315 Seunit, Bukan Untuk Jalan Raya


Setiap unit GR86 Cup Car dijual pada harga RM208,315, yang merangkumi AP sukan permotoran serta cukai jualan. Harga ini jauh lebih rendah berbanding model GR86 versi jalanan yang dijual oleh UMW Toyota Motor iaitu RM295,000 (manual) dan RM305,000 (automatik).


Namun, untuk makluman, penggunaan AP ini bermakna kereta ini tidak dibenarkan digunakan di jalan raya, hanya sah untuk kegunaan litar.

Baca: Tempahan Toyota GR86 2024 Kini Dibuka – Dari RM295K

Baca: UMW Toyota Motor Jadi Penaja Utama Super GT Malaysia 2025

web_GR86-Cup-Base.jpg

Tag:

Super GT Malaysia 2025
GR86
Toyota gr86
Toyota
UMWT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Super GT Malaysia 2025 Terima Sambutan Hangat – Tiba Lagi Tahun Depan?

Selepas lebih sedekad, perlumbaan penuh aksi, Super GT, dari negara Jepun kembali menggegarkan tanah air di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Petronas SIC) hujung minggu lalu.

01-07-2025
Berita Auto

Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian

Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial.

26-06-2025
Berita Auto

UMW Toyota Motor Jadi Penaja Utama Super GT Malaysia 2025

Penganjur acara Super GT Malaysia 2025, Haro Sports and Entertainment mengumumkan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) kini dilantik sebagai penaja utama.

20-05-2025
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Berita Auto

Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian

Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial.

26-06-2025
Berita Auto

Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315

Kesemua unit GR86 Cup Car yang diimport sepenuhnya dari Jepun mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan.

06-05-2025
Global

Keanu Reeves Rupanya Pelumba Hebat! GR86 Meluncur Laju Semasa Toyota GR Cup Series

Keanu Reeves baru-baru ini mempertontonkan kemampuannya sebagai pelumba yang hebat dalam siri perlumbaan profesional Toyota GR Cup Series.

07-10-2024
Kereta Baru

Tempahan Toyota GR86 2024 Kini Dibuka – Dari RM295K

UMW Toyota Motor (UMWT) kini juga membuka tempahan untuk Toyota GR86 2024.

16-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026