Link Copiedcheck_circle
EV

Big Blue; Tambang Teksi EV Bakal Naik? Naik Seringgit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat perkhidmatan teksi premium, Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd (Big Blue) berhasrat untuk menaikkan  kadar caj permulaan tambang bagi teksi elektrik (EV) ekonomi (merah) kepada RM4 berbanding RM3 sekarang, manakala teksi eksklusif (biru) kekal RM6.

Cadangan itu dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam pertemuan bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APAD, Masita Mat Isa di sini, semalam.

Pengasas Big Blue, Shamsubahrin Ismail, berkata cadangan kenaikan caj itu juga akan dibawa kepada Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat, selain pihaknya akan mendapatkan kelulusan permit teksi premium kerana pada masa ini ia tidak dikeluarkan lagi dan hanya berdasarkan permit lama yang diperbaharui.

Menurutnya, caj tambang itu menepati keadaan dan perkembangan semasa perkhidmatan ditawarkan sekarang menggunakan teksi EV yang lebih selesa.

image.pngimage.png

"Kemajuan masa kini menuntut pemandu teksi memanfaatkan penggunaan teknologi secara optimum untuk bersaing dengan kenderaan e-hailing lain dengan menawarkan perkhidmatan lebih berkualiti dan selesa.

"Jadi, kita mencadangkan caj permulaan bagi teksi EV ekonomi (merah) dinaikkan RM1 menjadi RM4, manakala teksi eksklusif (biru) masih kekal RM6.

"Pada pertemuan dengan pihak APAD, mereka memberi respon positif dan turut mengadakan pemeriksaan ke atas kenderaan EV yang bakal digunakan," katanya dalam kenyataan.

Transformasi penggunaan teksi EV oleh Big Blue ini sebagai langkah pemodenan industri teksi negara dan pelaksanaan fasa pertama program ini menyasarkan 20,000 kenderaan EV dengan 10,000 daripadanya membabitkan teksi eksklusif (biru) dan 10,000 lagi untuk perkhidmatan teksi ekonomi (merah).

Bagi tujuan itu Big Blue akan menyediakan kenderaan tujuh tempat duduk keluaran Chery yang dijana petrol dan elektrik.

Gallery

Tag:

Big Blue
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penggantungan Bas Aeroline: Bukti Polisi Pengangkutan Awam Malaysia 'Sudah Lapuk'?

Keputusan menggantung operasi bas ekspres premium, Aeroline, mendedahkan kelemahan mendalam dalam dasar pengangkutan awam Malaysia.

06-11-2025
Berita Auto

APAD Gantung Lesen Aeroline – Berulang Kali Langgar Arahan

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menggantung operasi syarikat bas ekspres, Zulco Sdn. Bhd. yang beroperasi di bawah jenama Aeroline, selama 30 hari bermula 6 November sehingga 5 Disember 2025.

03-11-2025
Berita Auto

Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain

Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.

29-10-2025
Berita Auto

Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB

MOT sudah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

28-10-2025
Berita Auto

Punca Aerotrain Terjejas Disiasat, MAHB Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak

MAHB bekerjasama dengan MOT dan APAD bagi menyemak punca gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

22-10-2025
Berita Auto

ETS Segamat-JB Sentral Belum Siap Lagi

ETS dari Segamat ke JB Sentral tidak dapat disiapkan lagi memandangkan kerja-kerja elektrifikasi dan isyarat masih belum belum lengkap.

04-08-2025
Berita Auto

Bahaya: Lebih 7,000 Pengusaha Bas Masih Tak Daftar Dengan Persatuan Bas, Apa Sebabnya?

Ramai tak daftar dengan persatuan bas sekolah, situasi itu dianggap sebagai 'bom jangka' kepada keselamatan jalan raya terutama kepada pelajar sekolah yang dianggap permata negara.

09-07-2025
Berita Auto

Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan

Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah.

26-06-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026