Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kes Langgar Gajah, Kali Ini Di JB-Mersing

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lagi kes langgar gajah! Kali ini, membabitkan sebuah Perodua Alza di  Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing, Johor pada malam tadi.

Pasangan suami isteri yang menaiki Alza itu terlanggar seekor gajah di lokasi kejadian gara-gara kawanan gajah berkenaan muncul secara tiba-tiba. 

Kejadian yang tidak disangka itu menyebabkan pemandunya hilang kawalan lalu merempuh seekor gajah. Mujur, pasangan suami, isteri termasuk gajah yang dilanggar selamat. Bagaimanapun, bahagian hadapan kenderaan itu remuk teruk.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata dalam kejadian kira-kira 9.20 malam itu, pasangan suami isteri berumur 40 dan 38 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

"Secara tiba-tiba, empat ekor gajah melintas jalan di lokasi berkenaan, menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu merempuh seekor daripada haiwan terbabit.

"Akibat perlanggaran itu, bahagian hadapan kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk. Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.

Gajah terbabit dipercayai telah masuk semula ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian, dan satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa bagi tujuan dokumentasi dan rujukan insuran

Gallery

Tag:

kes langgar gajah
alza
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Alza 2022 Lebih Luas, Lebih Canggih, Harga Pun Boleh Tahan!

Perodua tayang lagi beberapa ciri baharu yang ada pada Alza baharu 2022.

12-07-2022
Berita Auto

Pengeluaran Alza Dihentikan, Model Baharu Lagi Padu!

Produksi Perodua Alza bakal ditamatkan pada April ini selepas berada 12 tahun dalam pasaran.

27-01-2022
Berita Auto

Pemandu Hilux Tiba-Tiba Rempuh Alza, Gerai Jualan

Pemandu Toyata Hilux dikatakan hilang kawalan selepas pengsan dalam kejadian di Kajang.

28-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026