Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MIROS Perkenal Program MIRA & TrackScore – Mikromobiliti & Sistem GPS Dinilai

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MIROS_logo_2024-(1).jpeg


Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memperkukuh komitmennya dalam aspek keselamatan jalan raya menerusi pelancaran dua program penilaian keselamatan terbaru dan penandatanganan tiga perjanjian kerjasama strategik bersama pemain industri dan penyedia latihan.


Majlis berkenaan berlangsung semasa pameran Automechanika Kuala Lumpur 2025 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah.


Teknologi & Dasar Progresif Jadi Pemacu


Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Hasbi memuji usaha sama antara MIROS, CyberSecurity Malaysia, sektor automotif dan institusi akademik. Beliau menekankan pentingnya penggunaan teknologi dan dasar yang progresif dalam mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya negara.


TrackScore: Sistem Penarafan Sukarela untuk Kenderaan Komersial


Antara inisiatif yang diperkenalkan ialah TrackScore, satu sistem penilaian sukarela yang memfokuskan kepada prestasi dan spesifikasi sistem penjejakan (GPS/telematik) dalam kenderaan, khususnya kenderaan komersial.


Sistem ini menyokong pemantauan tingkah laku pemandu serta penguatkuasaan oleh agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). TrackScore juga bakal menjadi asas kepada pembangunan sistem pemantauan dalam kenderaan yang lebih menyeluruh dikenali sebagai Sistem Pemantauan dalam Kenderaan atau In-Vehicle Monitoring System (IVMS).


MIRA: Penilaian Keselamatan untuk Kenderaan Mikromobiliti


MIROS turut melancarkan satu lagi program sukarela dikenali sebagai Program Penarafan Mikromobiliti atau Micromobility Rating Programme (MIRA) yang menilai tahap keselamatan kenderaan mikromobiliti seperti e-skuter.


beam-7.jpg


MIRA diasaskan berdasarkan pendekatan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dan Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) dengan tujuan untuk membantu pengguna serta pihak berkuasa tempatan membuat keputusan yang lebih selamat dalam penggunaan mikromobiliti.


Latihan Pengurusan Tidur untuk Pemandu Komersial


Bagi mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada keletihan atau microsleep dalam kalangan pemandu, MIROS telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Alpha International Training & Consultancy.


Kerjasama ini melibatkan pelaksanaan program bertauliah berkaitan pemulihan dan pengurusan tidur bagi meningkatkan keupayaan pemandu mengendalikan tekanan dan keletihan semasa memandu.


Guna AI dan Digital untuk Pendidikan Keselamatan


MIROS juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama MyLorry Technology Solutions untuk memanfaatkan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan keselamatan dalam sektor pengangkutan komersial.


Usaha ini turut merangkumi pembangunan bahan latihan berasaskan data yang lebih efektif untuk industri.


Pertingkat Standard Aksesori Kenderaan


Satu lagi MoU turut dimeterai bersama Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia (AAA) bagi memperkemas standard keselamatan dan peraturan berkaitan aksesori kenderaan.


Langkah ini bertujuan mengurangkan risiko terhadap pengguna akhir dengan memastikan aksesori yang dijual mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.


MIROS Terus Perkukuh Peranan Serantau


hh3.jpg


Kesemua inisiatif ini mengukuhkan lagi peranan MIROS sebagai peneraju keselamatan jalan raya serantau dan Pusat Keselamatan Jalan Raya ASEAN.


MIROS komited untuk terus bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menjayakan mobiliti yang lebih selamat, mampan dan terangkum di Malaysia dan rantau ini.

Baca: Ini 40 Dashcam Terbaik Berdasarkan CamScore MIROS & CyberSecurity Malaysia

Baca: MIROS: 7 Tips Cara Selamat Untuk Memandu Ketika Hujan


Tag:

MIRA
Penarafan MIROS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026