Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion  menerusi 3,194 tempahan kenderaan dan 1,512 cadangan tukar beli.

image.pngimage.png

Pameran yang diadakan dari 9 Mei hingga 15 Mei di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), MAS 2025 menampilkan lebih daripada 200 pempamer dan 500 kenderaan merentasi ruang pameran seluas 50,000 meter persegi.

Difahamkan, MAS 2025 mencatat peningkatan kehadiran sebanyak 31% berbanding 2024. Ini bermakna pameran kali ini memecahkan semua rekod kehadiran sebelum ini pada hari terakhir acara.

image.pngimage.png

Sepanjang acara berlangsung, sebanyak  48 pelancaran dan pratonton kenderaan didedahkan manakala sebanyak 10,916 sesi pandu uji turut dilakukan di trek luar. Kenderaan berkuasa elektrik (EV, PHEV dan HEV) membentuk 51% daripada keseluruhan model yang dipamerkan.

Sementara itu, Pengerusi MARii,Datuk Dr. Aminar Rashid turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak berkepentingan termasuk rakan strategik seperti Perodua, Proton, Chery, Modenas, Honda dan ORS Technologies yang menyumbang kepada kejayaan acara ini.

image.png

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz turut menyifatkan , “MAS 2025 bukan sekadar tentang kereta.

" Ia sebenarnya membina jambatan antara inovasi, penglibatan awam dan transformasi industri. Dalam meneruskan usaha untuk menjadi peneraju EV dan pengeluaran kenderaan generasi baharu, kami akan terus memperkasakan setiap bahagian dalam rantaian nilai mobiliti," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz menegaskan keselarasan acara ini dengan matlamat strategik negara:

“Sebagai pasaran automotif kedua terbesar di Asia Tenggara dan Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk memimpin usaha serantau ke arah teknologi kenderaan hijau dan generasi baharu.

"Ini sejajar dengan tumpuan Malaysia dalam pembangunan garis panduan bagi menyokong pelan hala tuju EV ASEAN sebagai salah satu pencapaian dalam tahun Pengerusi ASEAN kita," ujarnya.

Gallery

Tag:

Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025)
Honda
Perodua
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-05-2025
Berita Auto

13-05-2025
Berita Auto

12-05-2025
Kereta Baru

10-05-2025
EV

10-05-2025
Berita Auto
Berita Auto

09-05-2025
EV

09-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026