Link Copiedcheck_circle
EV

Zeekr 009 Executive Kini Dengan Suspensi Udara Dwi-Ruang – Lebih Selesa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Zeekr-009-Executive-3.jpg


Selepas kemunculan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 baru-baru ini, Zeekr Malaysia kini memperkenalkan penambahbaikan pada varian Zeekr 009 Executive. Model ini kini hadir dengan sistem suspensi udara dwi-ruang, sama seperti varian mewah Zeekr yang lain, walaupun ia merupakan varian asas. 


Teknologi Suspensi Canggih untuk Keselesaan Maksimum


Zeekr-009-Executive-2.jpgZeekr-009-Executive-4.jpg


Suspensi udara tersebut digabungkan dengan sistem pengurangan getaran elektromagnetik CCD dan teknologi Magic Carpet Control milik Zeekr. Gabungan ketiga-tiga sistem ini membolehkan Zeekr 009 Executive menyesuaikan pengendalian dan keselesaan mengikut keadaan jalan, menawarkan pengalaman pemanduan lebih lancar dan stabil.


Prestasi Tetap Mengagumkan Walau Hanya Motor Tunggal


Model ini menggunakan motor elektrik tunggal pacuan hadapan (FWD) yang menghasilkan 335 hp dan tork  373 Nm. Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 7.9 saat. Dengan pek bateri NMC berkapasiti 116 kWj yang sama digunakan pada varian AWD, jarak perjalanan kini mencecah 604 km mengikut kitaran WLTP.


Ciri Kabin Premium Kekal Sama Tapi…


Zeekr-009-Malaysia-6.jpgZeekr-009-Malaysia-4.jpgZeekr-009-Malaysia-1.jpgZeekr-009-Malaysia-14.jpg


Ruang dalaman masih mengekalkan tempat duduk Sofaro First Class Aeronautic dengan fungsi urut, pengudaraan dan memori, skrin OLED 17 inci, sistem audio Yamaha 30 pembesar suara, dan balutan kulit Nappa. Namun, varian ini tidak dilengkapi latch elektronik untuk pintu hadapan serta pelarasan automatik untuk stereng.


Harga Istimewa untuk 500 Pembeli Pertama


Zeekr 009 Executive kini boleh ditempah pada harga pengenalan RM310,000 untuk 500 pembeli terawal. Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 150,000 km, serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km. Pelanggan juga akan menikmati 2 tahun perkhidmatan ketersambungan secara percuma, termasuk data 6GB sebulan, navigasi dan kemas kini OTA.


Zeekr-009-Executive-5.jpgZeekr-009-Executive-1.jpg


Tidak seperti varian AWD yang kini ditawarkan dalam pilihan warna baharu, Mineral Green, Zeekr 009 Executive hanya hadir dalam dua pilihan warna iaitu Phantom Black dan Crystal White. Dari segi reka bentuk luaran, tiada perbezaan ketara antara varian Executive dengan varian Luxury dan Ultra Luxury.


Tempahan boleh dibuat di tapak pameran Zeekr di Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang yang berakhir hari ini, 15 Mei hingga jam 10 malam nanti (kemasukan terakhir jam 9.30 malam). Selain itu, pelanggan juga boleh berkunjung ke Zeekr Space di Petaling Jaya, IOI Mall Puchong, atau Zeekr Pop-Up Store di Sunway Pinnacle.

Baca: [Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

Tag:

Zeekr 009
Zeekr 009 EV MPV
Zeekr 009 Executive
Zeekr Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Zeekr 009 Executive AWD Berharga RM299,800, Jarak Gerak 604KM

Zeekr Malaysia mengesahkan Zeekr 009 Executive kini dijual pada harga RM299,800 selepas melancarkan Pusat Zeekr di pusat beli-belah KLCC, Kuala Lumpur sebentar tadi.

19-08-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Kereta Baru

ZEEKR 009, ZEEKR X Dilancar, Harga Bermula Dari RM156K&RM350K

Zeekr Malaysia yang dioperasikan oleh Sentinel Automotive melancarkan model pertama MPV EV Zeekr 009 dan Zeekr X, sebentar tadi.

06-12-2024
EV

Jom Lihat EV Premium Zeekr X & Zeekr 009 Di Sunway Pinnacle – Minat Terus Tempah!

Kenderaan elektrik (EV) Zeekr X dan Zeekr 009 kini membuat kemunculan pertama untuk tontonan umum.

08-10-2024
Kereta Baru

Tempahan EV Zeekr X & Zeekr 009 Kini Dibuka – Anggaran Dari RM180K & RM370K

Zeekr Malaysia (Sentinel Automotive) telah membuka tempahan bagi dua model pertamanya untuk pasaran tempatan iaitu SUV crossover Zeekr X dan MPV Zeekr 009. Ini yang perlu anda tahu...

04-10-2024
EV

Ini Dia Pencabar Vellfire, Alphard, Zeekr 009, Pengecasan Bateri Paling Laju, SAH Masuk M'sia

Geely melancarkan secara rasminya MPV elektriknya, Zeekr 09 di pasaran Thailand, baru-baru ini.

24-09-2024
EV

MPV Elektrik Zeekr 009 Dikesan Di Jalan Raya Malaysia – Pelancaran Semakin Hampir?

Jenama kenderaan elektrik (EV) mewah milik Geely, Zeekr, dijangka akan membuat kemunculan rasmi di Malaysia tidak lama lagi.

05-08-2024

Berita Terkini

EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025