Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bilik Pameran Denza Dibuka Dibuka Di Jalan Klang Lama – Janji Pengalaman Eksklusif

Sofea Najmi

Kongsi melalui

8.jpg

Pengedar rasmi jenama mewah di bawah BYD, Denza, Sime Motors baru-baru ini telah merasmikan bilik pameran andalan (flagship) yang terletak di lokasi strategik di Jalan Klang Lama.


Menurut Pengarah Urusan Sime Motors, Jeffrey Gan, bilik pameran ini bukan sekadar ruang jualan, tetapi melambangkan visi Sime Motors terhadap masa depan mobiliti. Dengan keluasan binaan mencecah 8,165 meter persegi, fasiliti ini direka untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang luar biasa.


Bilik Pameran Beraura Eksklusif


1.jpg11.jpg5.jpg3.jpg4.jpg2.jpg


Bilik pameran ini boleh memuatkan enam unit kenderaan secara serentak dan turut dilengkapi ruang rehat pelanggan yang eksklusif. Ia menampilkan rekaan moden dan selesa, selari dengan status cawangan ini sebagai sebuah pusat jualan premium Denza.


Selain jualan, perkhidmatan selepas jualan turut disediakan dengan kehadiran pusat servis lengkap yang mempunyai lima ruang penyelenggaraan.


Jelas Jeffery Gan, bilik pameran ini menggabungkan rekaan, teknologi dan layanan istimewa untuk pengalaman yang sempurna kepada setiap pengunjung.


Pengecas Kenderaan Elektrik


7.jpg


Meskipun tidak diumumkan secara rasmi, imej promosi menunjukkan kemudahan pengecas AC dan DC untuk kenderaan elektrik (EV) turut disediakan di sini. Fasiliti ini kemungkinan besar disediakan khas untuk pemilik EV Denza dan juga pelanggan.


Lokasi & Waktu Operasi


6.jpg


Bilik pameran ini terletak di 193-195, Batu 3¾, Jln Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur. Waktu operasinya adalah pada setiap hari Isnin hingga Sabtu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Baca: Pandu Uji Denza D9 Premium AWD

Baca: Menangi Tiket Konsert Jacky Cheung Melalui Kempen Denza Malaysia

Tag:

Sime Motors
Sime Motors Denza
Bilik Pameran Denza
Denza Jalan Klang Lama
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Sime Motors & Evergreen Corporate Kerjasama Kitar Semula Tayar

Sime Motors baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan firma kitar semula tempatan, Evergreen Corporate, bagi melancarkan program kitar semula tayar tanpa sisa.

09-07-2025
Berita Auto

Era Sime Darby Sebagai Pengedar Eksklusif Tamat, Hyundai Motors Malaysia Ambil Alih!

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini tidak lagi disenaraikan sebagai pengedar eksklusif di laman global Hyundai.

28-05-2025
Berita Auto

Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI

Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.

29-04-2025
EV

Pusat Jualan EV Terpakai Pertama Malaysia, EV NEX, Dilancarkan

Sime Motors memperkenalkan pusat jualan kenderaan elektrik (EV) terpakai pertama di Malaysia, EV NEX.

27-02-2025
Berita Auto

Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW

Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.

20-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026