Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JAC T9 EV Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records – Pikap Elektrik 4x4 Pertama

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2.jpg


Trak pikap 4x4 elektrik JAC T9 EV yang dilancarkan di Malaysia awal tahun ini, telah mencipta sejarah setelah menerima pengiktirafan secara rasmi dalam Malaysia Book of Records (MBR).


Pencapaian Pertama Di Malaysia


Menurut kenyataan media daripada pengedar rasmi, Evolvelectric Motors Sdn Bhd, JAC T9 EV telah diiktiraf sebagai “perintis trak pikap elektrik bateri (BEV) 4x4 pertama di Malaysia.” 


3.jpg


Ini kerana ia merupakan trak pikap BEV pertama yang ditawarkan kepada pembeli persendirian, berbeza dengan model Maxus T90 EV dan DFSK EC31 EV yang sebelum ini hanya untuk kegunaan komersial.


CEO Evolvelectric Motors, Lau Yit Mun berkata, pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju inovasi dalam segmen trak pikap elektrik di Malaysia. Beliau juga menegaskan bahawa JAC T9 EV telah menetapkan standard baharu bagi trak pikap elektrik di pasaran tempatan.


Baca: JAC T9 Elektrik, Diesel Ditayang, Harga Trak Elektrik Bawah RM200K, Diesel Bawah RM120K


Spesifikasi JAC T9 EV


web_TA_launch_JAC-T9-EV_-9.jpg


JAC T9 EV dikuasakan oleh bateri LFP berkapasiti 88 kWj yang menyokong sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor elektrik menghasilkan kuasa gabungan 308 hp dan tork 516 Nm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa sekitar 8.4 saat, dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 140 km/j.


web_TA_launch_JAC-T9-EV_-2.jpgweb_TA_launch_JAC-T9-EV_-8.jpgweb_TA_launch_JAC-T9-EV_-10.jpgweb_TA_launch_JAC-T9-EV_-14.jpgweb_TA_launch_JAC-T9-EV_-16.jpgweb_TA_launch_JAC-T9-EV_-7.jpg


Menurut JAC Motor, jarak perjalanan maksimum bagi satu pengecasan penuh adalah sehingga 340 km berdasarkan penarafan WLTP. Bateri ini menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW dan pengecasan DC sehingga 88 kW, membolehkan model ini dicas daripada 15% kepada 80% dalam masa kira-kira 45 minit sahaja.


Dari segi keselesaan, JAC T9 EV dilengkapi dengan pelbagai ciri premium seperti paparan digital, port pengecas USB-C, pad pengecas tanpa wayar 50 watt, serta pencahayaan ambien dengan 64 warna. 


Harga dan Jaminan


Harga jualan JAC T9 EV adalah RM199,888, termasuk jaminan bateri EV selama 6 tahun atau 200,000 km. 

Baca: VPCM Catat Nama Dalam Malaysia Book of Records – Perhimpunan Volkswagen Golf Terbesar

Baca: Trak Pikap JAC T9 Diesel, BEV Dilancar, Harga Marhaen

Tag:

JAC T9 EV
JAC T9 EV 4x4
Trak Pikap
Evolvelectric Motors Sdn Bhd
Trak Pikap Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Chery Umum Kebangkitan Jenama Rely, Fokus Trak Pikap

Pengeluar automotif China, Chery, yang terkenal dengan rangkaian subjenama seperti Jaecoo dan Jetour, kini menghidupkan semula subjenama, Rely.

21-04-2025
Global

Ford Ranger Super Duty Diperkenalkan – Tundaan Cecah 4,500 KG, Tangki 130L!

Ford Australia baru sahaja memperkenalkan Ford Ranger Super Duty yang dibangunkan dengan kemampuan untuk melakukan tugasan berat.

08-04-2025
Kereta Baru

Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20

Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025.

14-01-2025
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Generasi Ke-3 Kini Boleh Ditempah – 5 Varian, Dari RM102K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk trak Mitsubishi Triton generasi ketiga kini telah dibuka secara rasmi.

01-10-2024
Global

[LAPORAN] Chery Bangunkan Trak Pikap Sederhana, Mungkin Begini Rekaannya...

Chery dikhabarkan sedang berusaha untuk membangunkan trak pikap bersaiz sederhana. Ini kupasannya...

30-01-2024
Global

Mitsubishi Triton Gen Ke-3 Trak Pikap Paling Selamat! Terima ASEAN NCAP 5 Bintang

Mitsubishi Triton generasi ketiga ini khabarnya telah menerima banyak pujian, dan ini sebab yang terbaru...

06-12-2023
EV

Mitsubishi Triton Hibrid Bakal Tiba, Disusuli PHEV & BEV

Mitsubishi Triton akan ditawarkan dalam versi hibrid. Segala yang kita tahu setakat ini...

23-09-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hilux GR Sport: Trak Sporty Dengan Suspensi Padu

Ini ulasan jujur kami mengenai Hilux GR Sport.

23-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026