Link Copiedcheck_circle
Global

Spesifikasi Hyundai Elexio Bocor – Capai 700 KM Sekali Cas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

db73aca2f462f82b24d23ea03e8821a0100088.jpg


Hyundai bakal memperkenalkan SUV elektrik terbarunya, Elexio, di pasaran China tidak lama lagi. Model ini dibangunkan melalui usaha sama antara Hyundai dan BAIC di bawah jenama Beijing Hyundai. Permohonan lesen jualan kini telah difailkan dengan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China, sekali gus mendedahkan beberapa spesifikasi dan maklumat penting produk.


Ukuran & Ciri Mekanikal


e59bbee78987-18.png


Elexio ialah SUV lima tempat duduk dengan ukuran 4,615 mm panjang, 1,875 mm lebar dan 1,673 mm tinggi, serta jarak roda 2,750 mm. Ia ditawarkan dalam dua varian pacuan iaitu pacuan roda hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD).


Varian FWD mempunyai berat 2,039 kg dan dikuasakan oleh motor tunggal 160 kW (215 HP). Manakala varian AWD menambah motor belakang 73 kW (98 HP), menjadikan jumlah kuasa gabungan 233 kW (312 HP) dengan berat 2,184 kg.


Bateri dan Jarak Perjalanan


e59bbee78987-15.png


Kedua-dua varian menggunakan bateri lithium  logam fosfat (LFP) yang dibekalkan oleh FinDreams, anak syarikat BYD. Walaupun kapasiti bateri tidak didedahkan, Hyundai mendakwa Elexio mampu mencapai jarak sehingga 700 km berdasarkan standard CLTC (kira-kira 540 km mengikut WLTP).


Pelancaran dan Strategi Global


e59bbee78987-14.pnge59bbee78987-17.png


Elexio pertama kali dipamerkan secara rasmi di Auto Shanghai 2025, namun spesifikasi terperinci hanya diumumkan kemudian pada 8 Mei. Model ini dibina di atas platform modular elektrik khusus Hyundai, Electric Global Modular Platform (E-GMP), menandakan usaha syarikat untuk kekal kompetitif dalam pasaran EV China yang pesat berkembang.


bdfd7debd6a29d415895f9cfb833670c203808-800x587.jpg


Beijing Hyundai turut mengesahkan rancangan untuk melancarkan lebih banyak kenderaan elektrik sepenuhnya (BEV), hibrid plug-in (PHEV) dan hibrid jarak jauh (EREV) dalam masa dua tahun akan datang.


Potensi Pasaran Asia Tenggara


Elexio dijangka mula dijual pada suku ketiga 2025 dengan harga sekitar RMB140,000 (~RM91,000). Walaupun buat masa ini model ini eksklusif untuk pasaran China, strategi Hyundai di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, yang memberi tumpuan kepada model CKD enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid, tidak mustahil model ini akan dibawa ke pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD), lebih-lebih lagi kerana Elixio hadir dengan spesifikasi yang menarik.


Ini berbeza dengan model EV import (CBU) Hyundai dari Korea yang kurang  menerima sambutan kerana harga jualan yang agak tinggi dan spesifikasi yang kurang menarik.

Sekiranya benar Elixio akan dibawa masuk, diharapkan model ini dapat diposisikan dengan tepat bersesuaian dengan nilai yang ditawarkan, kerana kami yakin, inilah kunci kejayaan Hyundai dalam segmen EV.

Sumber: CarNewsChina

Baca:  HMY: Hyundai Bakal Perkenal 3 Model Baharu CKD Pada Suku Ketiga 2025

Tag:

Hyundai Elixio
Hyundai Elixio China
Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China
Hyundai EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

27-06-2024
Global

27-10-2023
Kereta Baru

15-09-2023
EV

14-07-2023
EV

06-05-2023
EV

07-03-2023
Global

27-01-2023

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026