Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Bakal Pasang Toyota GR Corolla Di Kilang UK Pula? Jadi, Ini Pertama Kali GR Corolla Dipasang Di Luar Jepun

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara menerima permintaan yang semakin meningkat, nampaknya pemasangan model hot-hatch GR Corolla  akan dilaksanakan di United Kingdom bermula tahun depan.

Langkah yang sama ini sebenarnya pernah diambil oleh pesaing terdekatnya iaitu Honda.

Mengimbas kembali, Honda pernah menghasilkan  beberapa generasi hot hatch seperti Civic Type R generasi EP3, FN2, FK2, dan FK8  di kilangnya yang terletak di Swindon, London namun kilang itu sudah pun ditutup.

image.png

Selain model GR Supra coupe yang  dihasilkan oleh  pengeluar kontrak Magna Steyr di Austria, ini merupakan kali pertama Toyota menghasilkan model prestasi GR di luar Jepun. 

Dikhabarkan, langkah ini dijangka dapat mempercepatkan masa penghantaran model tersebut ke pasaran utama seperti Amerika Utara.

Buat masa ini, pembeli GR Corolla di Amerika Utara (terutamanya Amerika Syarikat) sering berdepan dengan senarai menunggu yang panjang dan kenaikan harga oleh pengedar sejak model ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2022.

Selain itu, Toyota dilaporkan telah membuat persiapan untuk mengambil langkah ini sejak beberapa bulan lalu. Toyota dikatakan telah  memilih fasiliti Toyota Manufacturing di Burnaston. Kilang ini  menghasilkan model Toyota Corolla secara besar-besaran.

image.pngimage.png

Faktor lain yang mempengaruhi pemilihan fasiliti tersebut adalah disebabkan budaya sukan permotoran yang mendalam di UK

selain permintaan ke atas Toyota Gazoo Racing sentiasa melebihi pengeluaran.

Jadi, ini adalah pertama kali Toyota menghasilkan  model GR Corolla di  luar Jepun.

Apapun,  memandangkan UK kini dalam rundingan dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk mengurangkan tarif import sebanyak 10% ke atas kereta yang diimport dari UK ke Amerika Syarikat, Toyota berpotensi membayar yuran yang lebih rendah untuk unit GR Corolla yang dibina di UK berbanding unit yang dihasilkan di Jepun.

image.pngimage.png

Tahap pelaburan dan jumlah pengeluaran akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini, namun sumber dalam talian melaporkan bahawa Toyota akan membelanjakan sekitar £41 juta (kira-kira RM235.51 juta) untuk menambah barisan pengeluaran GR Corolla baharu di Burnaston dengan kapasiti tahunan 10,000 unit.

Untuk makluman, kilang Motomachi Toyota di Jepun sememangnya  terkenal sebagai fasiliti utama pengeluaran model GR, sehingga diberi   gelaran sebagai  ‘GR Factory’. 

Pada tahun lalu sahaja, kilang itu menghasilkan 25,000 kereta, dengan kira-kira satu pertiga daripadanya adalah model GR Corolla.

image.png

Selain meningkatkan jumlah pengeluaran, pengeluaran GR Corolla ke luar negara  akan memberi fleksibiliti tambahan kepada kilang Motomachi untuk terus menghasilkan model  seperti GR Yaris, atau mungkin membuka ruang untuk membangunkan model baharu sepenuhnya.


Gallery

Tag:

Toyota
Toyota GR Corolla
Hot hatch
UK
Toyota Jepun
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026
Global

Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.

20-02-2026