Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

VEP: Kerajaan Bakal Kuat Kuasa VEP 1 Julai Ini, Tiada VEP, Kena Bayar Saman Dulu Sebelum Keluar Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kerajaan akan menguatkuasakan sepenuhnya Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura mulai 1 Julai ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penguatkuasaan itu selaras dengan Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) iaitu menjadi kesalahan bagi mana-mana individu memandu kenderaan bermotor asing tanpa permit sah sebelum memasuki atau semasa berada di Malaysia.

"Jika kenderaan persendirian memasuki Malaysia tanpa VEP yang sah, mereka akan dikenakan denda RM300 dan denda itu perlu dijelaskan sebelum meninggalkan negara. Kenderaan yang gagal membayar saman akan disekat keluar.

image.png

"Mengapa kita laksanakan pada 1 Julai? Kerana tempoh masa yang mencukupi telah diberikan iaitu bermula dengan pendekatan advokasi lembut sejak 1 Oktober 2024," katanya.

Bagi kenderaan persendirian syarikat yang belum mendaftar VEP pula akan diberi notis peringatan dan dibenarkan keluar dari negara ini.

Loke berkata, kenderaan persendirian sudah diberikan tempoh beberapa bulan lalu untuk melakukan prapendaftaran.

image.png

Penguatkuasaan VEP di Pintu Sempadan Darat Malaysia-Singapura ini telah dilaksanakan bermula 1 Oktober 2024 yang dijalankan secara berfasa dengan kaedah advokasi iaitu mengeluarkan notis peringatan kenderaan Singapura yang belum membuat pendaftaran VEP.

Ia dikuatkuasakan untuk pintu masuk di kedua-dua kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.

Gallery

Tag:

Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Pemandu Kereta Singapura Tidak Dibenar Keluar Jika Tidak Bayar Saman VEP

Pemandu Kereta Singapura Tidak Dibenar Keluar Jika Tidak Bayar Saman VEP

Pemilik atau pemandu kenderaan asing, khususnya dari Singapura, yang gagal memiliki atau mengaktifkan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) tidak dibenar keluar Malaysia selagi tidak membayar saman.

01-11-2025
Berita Auto
Lebih 3,000 Saman VEP Dikeluarkan Terhadap Pemandu Singapura

Lebih 3,000 Saman VEP Dikeluarkan Terhadap Pemandu Singapura

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 3,148 saman dengan kutipan mencecah hampir RM1 juta kepada pemilik kenderaan dari Singapura yang tidak memiliki Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) ke negara ini .

01-10-2025
Berita Auto
Rakyat Singapura Dikenakan RM300 Sebab Masih Tidak Aktif Tag RFID VEP

Rakyat Singapura Dikenakan RM300 Sebab Masih Tidak Aktif Tag RFID VEP

Seramai 10 pemandu dari Singapura disaman RM300 dalam tempoh sejam pertama sejurus Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing dari Singapura , dikuat kuasa mulai hari ini.

01-07-2025
Berita Auto
Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa Mulai 1 Julai? Ini Senarainya

Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa Mulai 1 Julai? Ini Senarainya

Menjelang ketibaan 1 Julai 2025 dalam beberapa jam lagi, beberapa peraturan bakal berkuat kuasa selain pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

30-06-2025
Berita Auto
Ramai Orang Singapura Mula Daftar Tag RFID VEP

Ramai Orang Singapura Mula Daftar Tag RFID VEP

JPJ mengesahkan sebanyak 62,635 kenderaan persendirian Singapura telah mengaktifkan tag RFID Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).

27-09-2024
Berita Auto
Tag RFID-VEP, Kini 2 Lokasi Ditambah!

Tag RFID-VEP, Kini 2 Lokasi Ditambah!

JPJ akan melaksanakan penguatkuasaaan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Oktober ini.

20-09-2024
Berita Auto
Tindakan Tegas Menanti Pemandu Singapura Dengan Tunggakan Saman Trafik Bermula 1 Jan 2025

Tindakan Tegas Menanti Pemandu Singapura Dengan Tunggakan Saman Trafik Bermula 1 Jan 2025

Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu dari Singapura yang gagal menjelaskan saman trafik.

23-08-2024
Berita Auto
Ramai Mula Daftar VEP

Ramai Mula Daftar VEP

Sejumlah 80,000 hingga 100,000 kenderaan asing dari Singapura dijangka mendaftar Permit Masuk Kenderaan (VEP),

02-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026