Link Copiedcheck_circle
Global

Volvo Cars Perkenal Tali Pinggang Keledar Multi Adaptif pertama di dunia Untuk Volvo EX60

Suhana Veru

Kongsi melalui

349743_Volvo_Cars_Safety_Centre_Crash_Lab.jpg

Volvo Cars bakal memperkenalkan  teknologi pertama di dunia, tali pinggang keledar multi-adaptif yang akan disediakan dalam model Volvo EX60, mulai tahun depan nanti.

Tali pinggang keledar multi-adaptif ini mampu memanfaatkan input daripada sensor dalaman dan luaran untuk menyesuaikan tahap perlindungan.

349628_New_multi-adaptive_safety_belt.jpg349627_New_multi-adaptive_safety_belt_is_designed_to_customise_protection_for.jpg

Ia boleh diubah suai mengikut situasi serta profil individu seperti ketinggian, berat badan, bentuk tubuh dan posisi duduk mereka.

Keupayaan ini dicapai dengan meningkatkan bilangan variasi profil had beban secara signifikan — profil ini berperanan untuk mengawal daya hentakan ke atas tubuh penumpang semasa kemalangan.

Sementara it, Ketua Pusat Keselamatan Volvo Cars, Åsa Haglund berkata, tali pinggang keledar multi-adaptif ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam keselamatan automotive.

"Ini adalah n bukti bagaimana kami memanfaatkan data masa nyata untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa.Ia juga merupakan naik taraf besar kepada tali pinggang keledar tiga titik moden — ciptaan Volvo sejak 1959 yang dianggarkan telah menyelamatkan lebih sejuta nyawa," katanya.

349742_Volvo_Cars_Safety_Centre_Crash_Lab.jpg349741_Volvo_Cars_Safety_Centre_Crash_Lab.jpg

Difahamkan, tali pinggang keledar moden ini menggunakan pengehad beban untuk mengawal daya hentakan ke atas tubuh manusia semasa pelanggaran.

Teknologi baharu ini mengembangkan profil had beban daripada tiga kepada sebelas, dengan pelbagai tetapan tambahan yang membolehkan prestasi dioptimumkan mengikut situasi dan individu.

Berbeza dengan sistem biasa, tali pinggang keledar multi-adaptif ini boleh memanfaatkan data daripada pelbagai jenis sensor  termasuk sensor luaran, dalaman dan sensor kemalangan.

Dalam  sekelip mata, sistem kenderaan akan menganalisis ciri-ciri unik pelanggaran seperti arah hentaman, kelajuan, dan postur penumpang. Maklumat ini akan dikongsi dengan sistem tali pinggang keledar untuk memilih tetapan yang paling sesuai.

Keupayaan tali pinggang keledar multi-adaptif ini direka untuk terus diperbaharui menerusi kemas kini perisian OTA. Apabila lebih banyak data dan pandangan dikumpulkan oleh Volvo Cars, kenderaan akan menjadi lebih pintar dalam memahami penumpang, senario baharu dan strategi tindak balas yang lebih tepat.

Tali pinggang keledar baharu ini sebenarnya  berfungsi seiring dengan beg udara, sistem pengesanan penumpang dan sistem bantuan pemandu. Kesemua ini bergabung untuk memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh, meningkatkan keberkesanan sistem, serta meminimumkan risiko kecederaan lanjutan.

Teknologi ini telah diuji dan dibangunkan di makmal pelanggaran Volvo Cars Safety Centre, yang menyambut ulang tahun ke-25 tahun ini. 

349740_Volvo_Cars_Safety_Centre_Crash_Lab.jpg

Di makmal tercanggih ini, jurutera keselamatan Volvo boleh mencipta semula hampir semua jenis kemalangan jalan raya dan menjalankan ujian yang melebihi keperluan peraturan rasmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan elektrik Volvo Car Malaysia, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.


Tag:

Volvo Cars
Volvo EX60
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Volvo Cars Buang 3,000 Pekerja, Pasaran EV Terlalu Sengit

Volvo Cars mengumumkan bahawa syarikatnya bakal mengurangkan kos operasi dengan merancang pemotongan kira-kira 3,000 jawatan pentadbiran.

27-05-2025
EV

Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road

Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?

11-02-2025
EV

Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan

Volvo dedah pelan hala tuju produk Volvo bagi tahun 2025, yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima model baharu bakal diperkenalkan.

10-02-2025
EV

Volvo Batal Hasrat Jadi Jenama EV 100% Menjelang 2030, Ini Sebabnya...

Jenama automotif Sweden, Volvo Cars, mengumumkan bahawa ia telah membatalkan sasaran asalnya untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

05-09-2024
Kereta Baru

Volvo C40 Recharge Dikemaskini – Bateri Lebih Berkuasa, Jarak Lebih Jauh

Volvo C40 Recharge yang telah diperbaharui bagi tahun 2024 kini sudah boleh ditempah.

29-02-2024
Global

Volvo Henti Bantu Polestar Bangunkan Kereta Sports Elektrik – Tindakan Bijak?

Volvo Cars mengumumkan keputusannya untuk menghentikan sokongan kewangan kepada Polestar Automotive Holding.

02-02-2024
EV

Volvo Tamatkan Pengeluaran Kenderaan Diesel pada 2024

Volvo mengumumkan pada Minggu Iklim New York untuk menamatkan pengeluaran semua model kenderaan berkuasa diesel menjelang awal 2024.

19-12-2023
EV

Volvo EX30: EV Kecil Yang Tidak Sempit, Ini Rahsianya…

Ini bagaimana kabin kereta bersaiz kecil, EX30, direka untuk memaksimumkan keselesaan.

11-06-2023

Berita Terkini

Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025
Global

Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan

Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.

12-09-2025