Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar jenama GAC Motor, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), mengesahkan bahawa pihak mereka telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model GAC Emkoo di kilang Tan Chong Motor Assembly (TCMA) yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.

Pengeluaran Emkoo CKD sudah pun dirasmikan di TCMA oleh Ketua Pegawai Eksekutif WTCA, Tan Keng Meng, dan Naib Pengurus Besar GAC International, Ye Shao Jian. 

“Emkoo mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan kenderaan berteknologi tinggi serta rekaan futuristik kepada pengguna Malaysia secara efisien," katanya.

image.png

Mengimbas Kembali,  WTCA telah menayangkan model C-SUV GAC Emkoo pada Februari 2024 bersama dua  lagi model iaitu  GAC GS3 Emzoom dan EV GAC Aion Y Plus. Kedua-dua model berkenaan  telah pun mula dijual.

Apa yang menarik, Emkoo menjadi model kedua jenama GAC yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia. WTCA menegaskan bahawa usaha ini mengukuhkan peranan mereka dalam menjayakan agenda pemerkasaan industri automotif tempatan, selain menjanjikan tahap kualiti dan inovasi yang tinggi.

image.png

WTCA dijadualkan melancarkan GAC Emkoo secara rasmi pada suku ketiga tahun ini.

Berdasarkan pratonton awal, GAC Emkoo dikatakan akan menggunakan enjin petrol turbo 4-silinder 1.5 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa 177 hp dan 270 Nm, serta dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan dan sistem pacuan roda hadapan (FWD).

image.pngimage.png

Dengan konfigurasi ini, GAC Motor mendakwa kadar kecekapan bahan api adalah sebanyak 6.8 liter/100 KM. Lebih penting lagi, Emkoo dijangka menyertai pasaran SUV C tempatan yang sengit dengan pelbagai ciri bantuan pemandu canggih (ADAS).

image.png

Bagaimanapun, WTCA memilih untuk tidak mendedahkan spesifikasi lengkap termasuk harganya.Namun semua maklumat ini akan didedahkan tidak lama lagi.

Gallery

Tag:

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA)
GAC Emkoo
CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada RM120,000

WTCA menayangkan SUV segmen C terbaharunya, GAC Emkoo CKD buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor, baru-baru ini.

20-07-2025
Berita Auto

Pusat 3S Flagship GAC & AION Dibuka Di Glenmarie

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengeluar dan pengedar jenama GAC Motor di Malaysia, mengukuhkan rangkaiannya minggu ini dengan pembukaan rasmi Pusat 3S Flagship GAC.

23-10-2024
Kereta Baru

GAC GS3 Emzoom Versi CKD Kini Di Pasaran – Satu Varian, Lebih Murah, RM126,800

GAC GS3 Emzoom, kini dipasang sepenuhnya di Malaysia (CKD) buat pertama kali untuk rantau ASEAN.

10-08-2024
Gaya Hidup

WTCA Selami Pengalaman Pelanggan GAC GS3

"WTCA mengadakan perjumpaan buat julung kalinya dengan pemilik GAC GS3 EMZOOM, baru-baru ini.

28-06-2024
Kereta Baru

GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM118K

WTCA telah secara rasminya melancarkan SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM di Malaysia.

18-04-2024
Berita Auto

GAC EMKOO Terima Penarafan ‘5-Bintang’ ASEAN NCAP

GAC Emkoo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dilaporkan menerima penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP, baru-baru ini.

19-09-2025
Pandu Uji

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Kereta Baru

GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada RM120,000

WTCA menayangkan SUV segmen C terbaharunya, GAC Emkoo CKD buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor, baru-baru ini.

20-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026