Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Masih Ramai Tak Pakai Tali Pinggang, 510 Pemandu, Penumpang Dikompaun

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Seramai 510 pemandu dan penumpang diberi notis kompaun selepas dikesan gagal memakai tali pinggang keledar, menerusi Operasi Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar bermula 1 Julai lalu.

Daripada jumlah itu, 80 notis dikeluarkan terhadap pemandu bas ekspres, bas persiaran dan kenderaan perdagangan.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, sejak operasi berkenaan dilancarkan sehingga semalam (5 Julai), seramai 396 penumpang dan kelindan turut diberikan notis kompaun RM300.

"JPJ turut mengeluarkan 37 notis peringatan kepada mereka yang tidak memakai tali pinggang keledar atau memasang tali pinggang keledar terhadap penumpang bas ekspres dan bas persiaran.

Semua kesalahan yang dikesan ini adalah membabitkan 377 pemandu dan penumpang bas ekspres, 70 pemandu dan penumpang bas persiaran dan 63 pemandu serta kelindan kenderaan barangan," katanya.

Aedy Fadly berkata, pemandu bas ekspres atau persiaran juga boleh dikenakan kompaun sekiranya gagal memastikan penumpang mereka tidak memakai tali pinggang keledar.

"Mereka (pemandu) seharusnya mengingatkan penumpang sebelum bas memulakan perjalanan. Adalah menjadi kesalahan sekiranya pemandu tidak mengingatkan penumpang.

"JPJ boleh melihat atau memeriksa tindakan terbabit melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam bas atau mendapatkan pengesahan daripada penumpang sendiri," katanya.

Terdahulu, JPJ telah mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar ke atas semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran bermula 1 Julai, membabitkan bas yang dibina selepas Januari 2020.

Bagi bas yang dibina sebelum 2020, tempoh masa akan diberikan untuk pemasangan tali pinggang keledar.




Gallery

Tag:

JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?

27-03-2026
Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Berita Auto

Johor 'Juara' Langgar Peraturan, Ini Senarai Hitam Op HRA 2026 yang Anda Perlu Tahu

Raya belum habis, sebanyak 14,455 kenderaan dikenakan saman.

24-03-2026
Berita Auto

Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas

Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.

17-03-2026
Berita Auto

Bayar Saman AWAS Guna MyJPJ

Anda boleh bayar saman AWAS guna MyJPJ mulai 18 Mac ini.

16-03-2026
Berita Auto

Aidilfitri: Semua Kenderaan JPJ Turun Padang

Seluruh kekuatan jentera penguat kuasa JPJ akan membanjiri lebuh raya.

14-03-2026
Berita Auto

Hati-Hati Perantau Kelantan, JPJ Guna Dron "ZOOM" 200 Kali Untuk Kesan Pesalah Trafik

JPJ akan menggunakan dron berteknologi tinggi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang mampu zoom 200 kali ganda untuk mengesan pesalah trafik.

08-03-2026
Tips

Solat Terawih, Pakai Telekung Bonceng Motosikal? Ini Cara Elak Kemalangan

Awas! Telekung labuh boleh mengundang kemalangan.

23-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026