Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MLFF Mungkin Dilaksana Tetapi Bukan Sekarang!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, sistem kutipan tol aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) mungkin hanya akan dilaksanakan seawal-awalnya pada tahun 2027 namun ia tertakluk kelulusan Jemaah Menteri.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Azman Ibrahim berkata, draf utama bagi pelaksanaan MLFF telah disediakan, namun rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya tidak dapat dimulakan selagi tiada keputusan daripada Jemaah Menteri.

“Kami tidak mahu mereka (syarikat konsesi) berpaling dan menuduh kami mendahului proses yang sepatutnya. Jadi, itu antara sebabnya,” katanya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam prosiding pada 20 Mei, seperti yang direkodkan dalam laporan terbaharu jawatankuasa itu mengenai projek itu

Kedua, dari segi garis masa pelaksanaan, mengambil kira masa untuk rundingan, proses permintaan untuk cadangan (RFP) oleh syarikat konsesi, dan keperluan untuk kami menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi memantau keseluruhan pelaksanaan, secara realistiknya, pelaksanaan hanya boleh dijangka berlaku selewat-lewatnya pada tahun 2027.

image.png

Azman turut memaklumkan bahawa kerangka undang-undang bagi sistem MLFF sudah wujud di bawah perundangan sedia ada, namun beberapa peraturan tambahan perlu diperkenalkan bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan.

Di bawah sistem MLFF, semua laluan keluar dan masuk lebuh raya akan ditukar kepada lorong tanpa halangan bagi mengurangkan kesesakan dan melancarkan aliran trafik.

image.png

Sistem ini merupakan sebahagian daripada Pelan Induk ITS Malaysia (2019-2023), yang bertujuan memodenkan infrastruktur lebuh raya negara.

Namun begitu, PAC sebelum ini telah memberi amaran MLFF semata-mata tidak akan menyelesaikan isu kesesakan lebuh raya.





Gallery

Tag:

Multi-Lane Fast Flow (MLFF) toll system
Kementerian Kerja Raya (KKR)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya

3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.

24-06-2026
Berita Auto

Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini

Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!

22-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
Berita Auto

Jika Boleh, Kita Mahu Setiap Inci Jalan Diterangi Lampu – Menteri KKR

Kementerian Kerja Raya mahu setiap setiap inci di jalan raya dilengkapi lampu jalan namun pihaknya mengakui berdepan kekangan sumber.

09-12-2025
Berita Auto

SUV Junam Dalam Gaung, Siapa Alihkan Papan Tanda Di Lokasi Kemalangan

Menteri Kerja Raya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu.

08-12-2025
Berita Auto

Projek Lebuhraya Trans Borneo Bermula Tahun Depan,- Menteri

Seksyen Miri, Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB), dijangka bermula suku pertama tahun hadapan.

03-12-2025
Berita Auto

Projek Siapkan MEX II Dianggarkan RM449 Juta, Kos Mungkin Naik

Kos bagi menyiapkan baki kerja pembinaan Projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II) dianggarkan berjumlah RM449 juta.

03-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026