Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemasangan CKD: Jetour Dashing VT9 Dipasang Di Johor

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jetour Auto Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pemasangan tempatan untuk model SUV, Jetour Dashing dan VT9,di fasiliti pemasangan Berjaya Assembly Sdn. Bhd. (B-Assembly) yang terletak di Tampoi, Johor Bahru.

Operasi pemasangan tempatan ini dijalankan di fasiliti B-Assembly seluas 640,000 kaki persegi yang memiliki seramai lebih 100 orang tenaga kerja.  Fasiliti tersebut memberi tumpuan kepada pemasangan model JETOUR Dashing dan VT9.

Kedua-dua model itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna di Malaysia. Model Dashing direka untuk gaya hidup urban dengan rekaan fastback dan ciri pintar, manakala VT9 pula disasarkan untuk kegunaan seisi keluarga dan perjalanan jarak jauh.

Setakat ini, lebih 1,000 unit telah dihasilkan di fasiliti tersebut, dengan penghantaran JETOUR Dashing pemasangan tempatan bermula pada Jun 2025 dan kemudian diikuti dengan  model VT9.

image.pngimage.png

Sementara itu, Naib Presiden JETOUR International, Wen Qiangkang menyifatkankan pencapaian penting itu mencerminkan keyakinan pasaran strategik untuk Jetour di Malaysia. 

"Pemasangan tempatan bagi model Dashing dan VT9 bukan sahaja hanya satu kemajuan dari segi pengeluaran, malah merupakan pelaburan besar dalam bakat, inovasi, dan potensi mobiliti di rantau ini pada masa akan datang,” katanya.

Sejak pelancaran rasmi barisan produk pertama di Malaysia pada tahun 2025, JETOUR telah berkembang pesat dengan lebih daripada 20 cawangan di seluruh negara.

Pemasangan tempatan ini menandakan detik penting dalam usaha mempercepatkan usaha pemerolehan tempatan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, selain mempercepatkan masa penghantaran, serta meningkatkan kepuasan pelanggan menerusi penawaran nilai tambah kepada pengguna di Malaysia.

image.png

Pada masa hadapan, JETOUR merancang untuk melabur sekitar RM1.4 bilion di Malaysia bagi menyokong pelancaran lebih banyak model pemasangan tempatan, dan turut merancang pengeluaran eksport ke negara-negara jiran di rantau ASEAN. 

Malah, Jetour bakal memperkenalkan beberapa lagi model baharu yang akan dipasang di Malaysia dan mempercepatkan usahanya untuk menembusi pasaran ASEAN dalam masa terdekat ini.

Gallery

Tag:

Jetour Malaysia
Jetour Dashing CKD
Jetour VT9
CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Gaya Hidup
Berita Auto

Jetour Nak Bina 'Pusat Content' Di Malaysia? Ini Strategi Agresif Untuk Pasaran Malaysia 2026

Jenama SUV yang semakin meningkat naik, Jetour Malaysia, menutup tirai tahun lalu dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerahkan sebanyak 2,741 kenderaan.

09-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026