Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pempengaruh Bukannya Lemas, Rupanya Larikan Diri Selepas Tenggelamkan Kereta Bini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kehilangan seorang pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38,atau Ija akhirnya terungkai kerana  dia bukannya lemas tetapi melarikan diri ke negara jiran selepas menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Lenga, Muar 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Lenga sebelum melarikan diri ke negara jiran.

Menurut beliau, laporan kehilangan yang dibuat adiknya pada 15 Julai lalu dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

"Mangsa, Tengku Nizaruddin sebelum itu dikatakan hilang selepas memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke Muar untuk membaiki kenderaan.

image.pngimage.png

"Adiknya, Tengku Abd Aziz, 30, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Lenga sehingga membawa kepada pelancaran operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Namun, siasatan mendapati terdapat unsur penipuan dalam laporan tersebut, dan adik mangsa mengaku bersubahat serta sengaja berpura-pura menjalankan usaha pencarian bagi mengelirukan polis," katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua individu iaitu adik dan Ija telah diambil keterangan dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas pihak polis memperoleh kebenaran menyiasat (OTI) dari pihak Timbalan Pendakwa Raya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam serta Seksyen 109 kerana bersubahat melakukan kesalahan.

Jika disabitkan, mereka boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, satu Malaysia sedih selepas membaca berita mengenai kehilangan Ija memandangkan kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sungai.

Namun operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan Tengku Nizaruddin ditamatkan pada Jumaat selepas empat hari dijalankan tanpa sebarang petunjuk baharu.

Operasi SAR digerakkan serta-merta pada hari sama dengan kekuatan seramai 77 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penyelamat, meliputi pencarian dari darat, air dan udara dalam radius beberapa kilometer dari lokasi kejadian.

Di sebalik kejadian ini, netizen berharap kedua-dua individu ini dikenakan tindakan tegas kerana menyusahkan pihak berkuasa dan kos operasi juga patut ditanggung oleh mereka.

Apa pula pendapat anda?



Gallery

Tag:

SAR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal

Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.

06-02-2026
Berita Auto

Penjimatan Pas MY50 Dilancar, Hanya Bayar RM50, Selebihnya Kerajaan Tanggung

Kos sebenar bagi seorang pengguna My50 adalah sekitar RM150 sebulan, jadi pengguna hanya membayar RM50 manakala kerajaan menampung RM100 setiap bulan.

06-02-2026
Berita Auto

Selepas Beberapa Kali Tertangguh, LRT3 Akhirnya Bakal Beroperasi Jun Ini

Projek LRT3 bagi laluan Shah Alam dijangka akan memulakan operasinya pada bulan Jun ini.

06-02-2026
Berita Auto

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Kenapa kenderaan barangan diharamkan berada di jalan raya sempena musim perayaan?

05-02-2026
Berita Auto

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto

Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter.

05-02-2026
Berita Auto

Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.

04-02-2026