Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengimportan Dummy Seatbelt Buckle Diharamkan Mulai 31 Disember Ini, Sebab Boleh Ragut Nyawa Anda!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kerajaan akhirnya mengharamkan  pengimportan peranti keselamatan palsu dikenali sebagai 'dummy seatbelt buckle' atau pencangkuk palsu mulai 31 Disember ini.

Larangan itu dinyatakan dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) (No. 2) 2025, menetapkan larangan mutlak ke atas pengimportan aksesori itu ke negara ini.

image.png

Ini bermakna, larangan itu juga termasuk 'dummy buckle', penyah aktif penggera tali pinggang keledar, pemanjang klip tali pinggang keledar atau sebarang aksesori dan peranti lain serupa untuk dimasukkan ke dalam slot tali pinggang keledar.

Semua aksesori berkenaan bertujuan menyah aktif atau memintas peringatan keselamatan dan menyebabkan mekanisme tali pinggang keledar tidak berfungsi.

Terdahulu, Carz.com.my ada melaporkan Dummy Belt bakal diharamkan kerana penggunaan aksesori itu sebenarnya boleh meragut nyawa!

Susulan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengakui bahawa pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung penjualan serta penggunaan alat penyah aktif penggera tali pinggang keledar atau 'dummy buckle'.

Sepanjang operasi khas Tahun Baharu Cina di Negeri Sembilan, pihak berkuasa mendapati 30 peratus daripada 195 pesalah yang tidak memakai tali pinggang keledar menggunakan 'dummy buckle' untuk mengelak penggera berbunyi.


Gallery

Tag:

JPJ
Minister Of Transport (MOT)
Dummy Seatbelt Buckle
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026