Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Trak Tentera Masuk Tasik, Rupanya Ada Masalah Brek

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebuah trak Handalan milik Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) terhumban ke dalam tasik di Markas Taktikal Kem Sri Banding, Gerik gara-gara brek trak berkenaan tidak berfungsi dengan baik.

Bagaimanapun, tiga anggota tentera yang berada di dalam trak itu terselamat dan tidak lama kemudian, trak itu tenggelam.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata,  brek trak berkenaan didakwa tidak berfungsi dengan baik menyebabkan kenderaan itu tidak dapat berhenti dan memasuki pinggir tasik.

"Kenderaan berkenaan dinaiki dua anggota daripada 9 RAMD Para dan seorang daripada 10 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Para bagaimanapun sempat keluar menyelamatkan diri," katanya.

Pasukan 15 RAMD telah memohon jentera Kembalik daripada 2 Woksyop Ipoh bagi menarik trak berkenaan dan  tiada peralatan terkawal mahupun senjata tenggelam dalam kejadian itu.

Gallery

Tag:

RAJD
tentera PARA
Kem banding
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026