Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JKR Sasar Pasang Lampu Solar Di 1,000 Lokasi 'Hitam' Kemalangan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

530402906_18073459640079211_6199383210332317950_n.jpg


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di majlis pelancaran perkhidmatan feri Sri Tanjong 1 di Jeti Feri JKR Pengkalan Kubor


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan bahawa lebih daripada 1,000 lokasi dengan risiko kemalangan yang tinggi telah dikenal pasti di seluruh negara.


Jabatan Kerja Raya (JKR) baru-baru ini menjalankan pemeriksaan terperinci ke atas jalan persekutuan dengan tumpuan terhadap kawasan yang mempunyai selekoh tajam, kerosakan struktur jalan serta pencahayaan yang kurang memuaskan.


thumb-(10)-(3).jpg


Menurut beliau, lebih 1,000 kawasan ‘hitam’ kemalangan di seluruh negara dikesan dengan pelbagai masalah seperti selekoh berbahaya dan penglihatan yang terhad. Bagi mengurangkan risiko ini, lebih 300 lampu jalan berkuasa solar telah dipasang di  sepanjang laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB).


Nanta menambah, kementerian telah membuat permohonan peruntukan tambahan bagi mempercepatkan proses pemasangan lampu jalan berkuasa solar di lokasi-lokasi berisiko lain untuk meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna jalan raya.


Baca: 15 Pelajar UPSI Terkorban: Laluan JRTB Sudah Dipasang Lampu Solar!


Pelancaran Feri Sri Tanjong 1 Di Pengkalan Kubor


Beliau berkata demikian selepas melancarkan perkhidmatan feri Sri Tanjong 1 di Jeti Feri JKR Pengkalan Kubor. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Gabenor Narathiwat, Amirut Bua-On, dan Pengarah JKR Kelantan, Nik Soh Yaacoub.


Nanta menjelaskan bahawa perkhidmatan feri baharu antara Pengkalan Kubor, Kelantan dan Takbai di Selatan Thailand bukan sekadar pengangkutan biasa. Ia berperanan untuk menghubungkan komuniti sempadan, memudahkan aktiviti perdagangan serta memperkukuh hubungan budaya antara kedua-dua negara.


Dibina dengan kos RM7.9 juta, feri Sri Tanjong 1 siap dibina pada 28 Februari lalu dan diserahkan kepada JKR pada 11 Mac. Feri ini mampu membawa 58 penumpang, enam kru, lapan kenderaan ringan atau sebuah bas dengan kapasiti 44 orang penumpang.

Sumber: Bernama

Baca: Nak Mansuh Tol, Bukan Mudah - Menteri Kerja Raya

Tag:

lampu solar
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Menteri Kerja Raya
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya

3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.

24-06-2026
Berita Auto

Had Laju Sedia Ada Kekal, Tiada Perubahan Buat Masa Ini – KKR

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesahkan bahawa tiada rancangan untuk memperkenalkan had laju minimum baharu.

31-07-2024
Berita Auto

Tahun Baharu Cina: Kerajaan Setuju Beri Diskaun Tol

Kerajaan mengumumkan diskaun 50 peratus bagi kadar tol biasa sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025.

24-01-2025
Berita Auto

Lebih 700 KM Jalan Raya Di Sabah Rosak Teruk, Kos Baik Pulih RM1.8 Bilion

Pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya di Sabah memerlukan peruntukan besar yang mencecah RM1.8 bilion.

25-04-2024
Berita Auto

Peruntukan Masih Cukup, Lebuhraya PLUS Dilebarkan Sehingga Ke Ayer Hitam

Kerajaan telah menerima cadangan untuk melebarkan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Simpang Renggam hingga ke Ayer Hitam.

01-04-2024
Berita Auto

Lebuhraya EKVE Siap Sepenuhnya Hujung Tahun 2025

Projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang tahun depan.

22-03-2024
Berita Auto

15 Pelajar UPSI Terkorban: Laluan JRTB Sudah Dipasang Lampu Solar!

Lokasi yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli akhirnya sudah dipasang dengan lampu solar.

31-07-2025
Berita Auto

KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar

Kerajaan mahu melaksanakan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.

13-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026