Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Johor Cadang RTS Kedua Hubungkan Tuas - Iskandar Puteri , Kukuhkan Lagi Hubungan Ekonomi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png


Kerajaan negeri Johor mencadangkan supaya   sistem pengangkutan baharu dikenali sebagai Rapid Transit System 2 (RTS2) dihubungkan dari Tuas ke Iskandar Puteri sekali gus  memperkukuh jaringan mobiliti dua hala. 

Cadangan strategik itu disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dalam pertemuan rasmi selama sejam di The Istana, Singapura.

“Menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, saya mengutarakan beberapa cadangan strategik termasuk menghubungkan Tuas ke Iskandar Puteri melalui sistem RTS 2," katanya dalam kenyataan.

Malah, Perdana Menteri Singapura itu turut  menulis tentang pertemuan itu dalam catatan Facebook, dan walaupun beliau tidak menyebut tentang cadangan RTS2, beliau memuji "kerjasama mendalam dan sudah lama terjalin" antara Johor dengan Singapura.
image.png

"Kami sedang mencapai kemajuan yang baik dalam inisiatif utama seperti RTS Link Johor Bahru-Singapura dan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura. Projek-projek ini akan meningkatkan aliran rentas sempadan, mengukuhkan hubungan ekonomi kami, dan mencipta lebih banyak peluang untuk rakyat kita," katanya.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata pelbagai perkara berkaitan kerjasama antara Johor dan Singapura sudah dibincangkan semasa pertemuan yang berlangsung hampir sejam di Istana.

"Pertemuan itu bukan sahaja lambang hubungan erat antara Singapura dan negeri Johor, tetapi juga cerminan komitmen bersama mereka untuk meningkatkan kerjasama ke "tahap yang lebih strategik dan menyeluruh.

"Semasa perbincangan, saya berkongsi kemajuan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, termasuk peranan Pusat Kemudahan Invest Malaysia Johor, yang kini merupakan fasilitator utama untuk pelaburan dan penyelarasan dasar," ujarnya.

Gallery

Tag:

Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System (RTS)
Tuas Second Link
Iskandar Puteri
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

RTS Link JB-Singapura Bakal Siap Dis 2026, Mula Operasi Jan 2027

Kementerian Pengangkutan mengesahkan RTS Link Johor Bahru-Singapura dapat disiapkan mengikut jadual selepas struktur bangunan ketiga-tiga komponen utama projek berkenaan siap sepenuhnya.

04-11-2025
Berita Auto

Tambang RTS Link Belum Didedah Kerana Masih Dalam Kajian

RTS dijadualkan siap menjelang Disember 2026 dan beroperasi awal 2027.

30-06-2025
Berita Auto

Pembinaan RTS Link Ikut Jadual, Bakal Dibuka 2 Tahun Lagi

Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual.

13-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026