Link Copiedcheck_circle
Global

Lamborghini Fenomeno: Revuelto Versi Liar, Ultra Terhad Hanya 29 Unit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lamborghini-Fenomeno-V12-1.jpg


Lamborghini Fenomeno


Selain Lexus Sport Concept, festival automotif besar-besaran yang diadakan di Amerika Syarikat, Monterey Car Week 2025, menyaksikan kehadiran beberapa model istimewa, termasuk supercar V12, Lamborghini Fenomeno, atau Revuelto dalam versi lebih ‘liar’ dan radikal!


Rekaan Lamborghini Fenomeno


Lamborghini-Fenomeno-V12-12.jpgLamborghini-Fenomeno-V12-4.jpg


Dari sudut depan, Lamborghini Fenomeno tampil agresif dengan lampu LED tajam, hud bersama komponen aliran udara, serta dua saluran pengeluaran haba yang besar. Bampar pada sudut ini juga direka khas dengan pemisah udara (splitter) yang sewarna dengan badan dan dua corong pengudaraan yang besar.


Lamborghini-Fenomeno-V12-9.jpg


Dari sisi, Fenomeno kelihatan sangat rendah, setiap panel sisi diubah dengan pemasangan dua saluran kemasukan udara besar di belakang pintu, berbeza daripada Revuelto. 


Lamborghini-Fenomeno-V12-3.jpgLamborghini-Fenomeno-V12-6.jpgLamborghini-Fenomeno-V12-11.jpg


Bahagian belakang dipasangkan dengan penutup enjin jenis karbon sepenuhnya bersama lampu belakang berbentuk Y yang menegak menggantikan reka bentuk melintang pada Revuelto. Empat ekzos terletak di tengah menyempurnakan aura garang pada sudut ini.


Ruang Kabin Kekal ‘Revuelto’


Lamborghini-Fenomeno-V12-16.jpgLamborghini-Fenomeno-V12-14.jpg


Walaupun luaran Fenomeno diberikan perubahan yang ketara, bahagian dalamnya masih mengekalkan susun atur papan pemuka, stereng, konsol tengah dan paparan digital yang sama seperti Revuelto.


Jentera Hibrid PHEV V12 Yang Dipertingkat


Fenomeno menggunakan enjin V12 6.5 liter yang telah diberikan penambahbaikan,  sama seperti Revuelto tetapi dengan talaan baharu menghasilkan kuasa 833 hp (lebih 19 hp). Dengan bateri 7 kW yang lebih besar, jumlah kuasa gabungan mencecah 1,065 hp dengan jarak pemanduan elektrik yang meningkat kepada 20 km.


Lamborghini-Fenomeno-V12-5.jpg


Dengan sistem trenkuasa ini, Fenomeno mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 2.4 saat, 0.1 saat lebih pantas daripada Revuelto, dengan had kelajuan maksimum elektronik 350 km/j yang masih sangat mengagumkan.


Terhad Hanya 29 Unit


Lamborghini-Fenomeno-V12-8.jpg


Lamborghini hanya menghasilkan 29 unit Fenomeno dan setiap sebuah dilaporkan berharga sekitar €3 juta (~RM14.75 juta). Dengan jumlah pengeluaran yang sangat terhad, nilai supercar ini dijangka meningkat tinggi apabila dilelong di masa depan.

Baca: Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP

Lamborghini-Fenomeno-V12-7.jpgLamborghini-Fenomeno-V12-2.jpg

Tag:

Lamborghini Fenomeno
Lamborghini Fenomeno V12
Lamborghini Revuelto
Edisi Terhad
Supercar V12
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

17-08-2025
Global

17-08-2025
Global

11-04-2025
Gaya Hidup

20-05-2024
Global

09-04-2024
Global

22-03-2024
Video

06-09-2023
EV

31-07-2023

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026